Ahad, 3 Mac 2019

Kembali berkebun sayur

Sungguh, seminggu dua ni semangat pokcik untuk berblog jatuh merudum. Bahkan buka dan pandang blog jauh sekali tetapi diruang media sosial lain pokcik tetap aktif. Penat.. tidaklah penat mana.

Seminggu dau baru ni bila sebelah petang pokcik sibuk mencari kayu untuk dibuat pagar.  Kalau tidak dipagarnya alamak penat sahajalah menabur benih. Pokcik ingin kembali aktif berkebun sayur. Tanamnya adalah tanaman yang paling mudah sekali iaitu kangkung, lapanbelas hari dah boleh tuai.

Daripada dibiarnya tanah belakang rumah ditumbuhi rumput tebal yang meninggi, petangnya bolehlah pokcik keluarkan peluh sedikit menghayun cangkul. Samping itu bolehlah tambah duit dapur pokcik..




4 ulasan:

Abe Nick berkata...

wah besarnya pakcik punya kebun

paridah berkata...

RAJIN BERKEBUN HASILNYA MELIMPAH

Warisan Petani berkata...

Mudah2an lumayan hasilnya nanti

Normala Saad berkata...

Selamat berkebun kembali pokcik.