Memeriksa tanaman dikebun


Alhamdulillah petang kelmarin pokcik sempat menjengah dan memeriksa tanaman kangkung pokcik dikebun belakang rumah. BVanyak hari dah pokcik tidak memeriksa tanaman ini. Semenjak enjin air dan sprinkler berpusing dengan baik selepas dibaiki pokcik banyak menghabiskan waktu petang dengan aktiviti berbasikal.

Kalau tidak silap pokcik, sayuran kangkung pokcik ni rasanya dah dekat dua minggu tapi sedikit terbantut tumbesarannya akibat panas dan kering dan ketidakcukupan air siraman. Enjin air dah baiki, sprinkler dah berfungsi seperti biasa harap-harap selepas ini semuanya berjalan lancar.


1 ulasan:

ejulz berkata...

wahhhh..best ada kebun..