Hari ini kali kedua pokcik tuai kangkong. Cadangnya pagi esok sebelum pergi sekolah pokcik nak tinggalkan pada seorang sahabat ntuk dibawa ke pasar rabu.
Dua batas kangkung pokcik dapat empat puluh ikat. Satu ikat seberat 250 gram, lebih urah berbanding dengan harga pasaran. Beberapa hari yang lalu kalau kat pasaran bagi RM1.00 adalah seberat 100gram. Yang pokcik jual ni lagi murah, lebih 150 gram.
Kangkung ini pokcik tuai bila cukup 18 hari.. ada beberapa batas lagi menunggu hari giliran untuk dituai... Alhamdulillah rezekikan bila kita rajin.
5 ulasan:
Terbaik la pakcik.., berbudi pada tanah
Ahamdulillah.
Hasil dari titik peluh sendiri.
Wahhh.. bestnya bila tgk hasil cucuk tanam menjadi..
wah bestnya! Dah lah segar, murah pulak tu.
sedapnya kalau buat masak belacan
Catat Ulasan