Langkau ke kandungan utama

Mengutip getah sekerap


Setelah sepuluh petang membanting tulang, mengukir dari batang ke batang pokok getah maka hari ini pokcik bersama isteri dan dua anak mengumpul hasilnya.

Selama sepuluh petang, empat guni getah sekerap (pot getah) dapat dipungut. Bila dijual tengah hari tadi dapatlah hampir empat ratus ringgit. Walaupun harganya tidaklah setinggi mana, dari tidak bertoreh tu baik ditoreh walaupun sedikit dapat juga hasilnya. 

Hari ini harga getah sekerap adalah RM2.45 bagi 1kg. Aktiviti menoreh ini pokcik lakukan pada waktu petang bagi hari biasa dan waktu pagi pada hari cuti

Ulasan

Hans Hanis berkata…
seronoknya hebat menoreh
Puan syah berkata…
terbaik la pokcik

https://byshaz.blogspot.my/2018/03/indahnya-bangun-di-pagi-hari.html
ejulz berkata…
best.. ejulz xda pengalaman toreh getah ni.. xda kebun getah.. teringin jugak nak rasa pengalaman menoreh ni.. :)

Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. SEGMEN JOM TUKAR2 BLOGLIST DARI EJULZ
2. 11 MAC 2018
3. Pertubuhan Kebajikan BAITURRAHMAH Kuching
Warisan Petani berkata…
Alhamdulillah.
Semoga bertambah2 rezekinya
Mrs. A berkata…
Kalau orang kampung Mrs. A gelarkan penoreh cikgu hehehee...
Banyak juga hasilnya tu 10 petang lebih kurang RM400
She Is Farahain berkata…
wow , ain tak pernah cuba toreh getah .. maybe one day kena cuba ni . :)
SalbiahM berkata…
terimbau kenangan kecik-kecik dulu, masa muar banyak pokok getah

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...