Salah satu masalah pada tanaman sayuran pokcik ialah serangga terutamanya belalang. Memandangkan pokcik tidak menggunakan racun serangga jadi belalang ini agak banyak tapi masih lagi terkawal.
Terkawal kerana belalang ini menjadi makanan kepada burung-burung kecil yang datang bertandang bila pokcik tiada didalam kebun.
Pokcik pernah memerhatikan dari jauh bila burung murai, merbah dan ketitir yang datang bermain dan mencari makan diantara batas-batas tanaman terutamanya diwaktu tengahhari. Pendekakata burung-burung ini membantu pokcik dikebun.
4 ulasan:
Sekaki imbas tak perasan sebab warnanya tu sama...ooo pokcik guna kaedah mangsa dan pemangsa ya..semulajadi mengawal makhluk musuh tanaman..
Belalang ni sangat aktif dan susah ditangkap.
mana gmbr burung murai, merbah dan ketitir yang datang bermain dan mencari makan diantara batas-batas tanaman terutamanya diwaktu tengahhari itu pokcik?
wak, lens 300mm pokcik dah rosak tak dapatlah pokcik nak zoom yg ada sekarang ni kit lens tak dapatlah nak rakam.. masuk dekat dia orang dah lari.. nanti pokcik usha lah kemudian
Catat Ulasan