Selesai sudah musim pertama menanam sawi dan kangkong, Kini tanah ini sedang dalam proses pemulihan bagi ditanam semula.
Dari pengalaman pokcik yang lalu, batas-batas tanaman ini tidak subur untuk ditanam dengan tanaman sayuran dan kalau ditanam juga ianya akan menyebabkan tanaman tidak subur. Ini disebabkan oleh proses pembajaan dan aktiviti dalam tanah seperti pereputan bahan organik pada batas tanaman.
Proses pembesaran tanaman akan menjadi terbantut. Ini disebabkan kadar keasidan tanah yang tinggi. Keasidan akan menghalang akar pokok menyerap nutrien atau baja yang ada sekeliling
Proses pembesaran tanaman akan menjadi terbantut. Ini disebabkan kadar keasidan tanah yang tinggi. Keasidan akan menghalang akar pokok menyerap nutrien atau baja yang ada sekeliling
Bagi memulihkan semula dan mengawal keasidan tanah ini pokcik akan taburkan sedikit baja kapur diatas batas tanaman. Selang seminggu barulah digunakan untuk penanaman.
1 ulasan:
Hurm... itulahkan nak bertani pun kena ada ilmu juga.
Kalau semberono janganlah salahkan tangan pulak kalau yang ditanam layu dihujung mekar, 'tangan panas' katanya.
Catat Ulasan