Terfikir pokcik nak tanam pokok ni banyak-banyak kat kebun.. Mana taknya hari tu pokcik beli RM5.00 bagi tiga kuntum kat pasar. Waktu tu kantan belakang rumah seperdu dua tu belum lagi berkembang.
Bila kembang begini, isteri pokcik dah bisik-bisik kat telinga nak masak laksa penang Jumaat ni. Pokcik dah rancang nak tanam pokok ni banyak kat tanah kebun yang baru di beli di daerah Setiu tu.
Lagi pun pokok ni bukannya perlukan perhatian yang lebih macam pokok sayuran yang lain. Lagi pun kebun pokcik kat sana dikelilingi oleh alor amat sesuai untuk tumbesaran pokok kantan ni... In Sha Allah pokcik akan laksanakan nanti..
5 ulasan:
Kalaulah saya juga mempunyai tanah, akan saya tanam pokok nie..
Semakin lama semakin mahal harganya..
Buat masak asam pedas pun sedap..
Betul...bunga kantan sebatang RM2 dah walau pun kecil je...kalau ada tanah lapang dan kawasan bersesuaian...tanam lagi seronok Pokcik..
Singgah lalu.
Salam bertani.
Belakang rumah CCL ada la tanam pokok bunga kantan ni .. kena jaga betul-betul tidak ni semak je jadi
Ada peniaga online jual pokok kantan putih & merah. Memang teruja sangat tengok..tapi agak mahal..ya la sebab dibawa masuk dari luar. Tempat kita tak ada.
Catat Ulasan