Hari-hari yang makin sibuk


Semakin menjelang tahun baru semakin sibuk. Seperti biasalah kalau diakhir tahun seperti ini. Tugas-tugas pokcik di pejabat semakin banyak yang perlu dibereskan sebelum masuk tahun lain, terutamanya  berkkaitan dengan akaun. Segala perbelanjaan, segala peruntukan kewangan dan macam-macam lagilah.

Alhamdulillah rezeki pokcik pun sedikit bertambah... pada asalnya risau juga, iyalah kan cuti sekolah semakin habis. Sesi tahun baru akan bermula, semuanya perlukan perbelanjaan yang besar.. uniform sekolah anak-anak perlukan yang baru, duit belaka tu kan. Anak yang kat POU Ipoh tu pula dah mengadu nak kan laptop... hari tu dah bagi tapi rumah sewanya dimasuki  orang dan segalanya banyak dikebas simalaun tu.

Isteri pula mengadu mahu buka satu lagi kedai.. duit belaka tu kan... Hari tu pokcik ada buat kursus fotografi dan juga blog... tindak balas dari itu, ada beberapa rakan peserta yang berusia baya-baya pokcik, minta pokcik buat design kad jemputan dan juga custom book.. dah cakap dah kat dia orang pokcik tak reti...tapi dia orang tak kisah asal jadi jer... dapatlah seposen dua tu kan.. rezekilah tu kan..

Tapi, minggu ini memang sibuk lah..

4 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Alhamdulillah rezeki tu pokcik...maknanya kawan2 yakin dengan kemampuan pokcik...

Fida Z Ein berkata...

Tahniah pokcik...dapat rezeki tu...hari ni terjah blog orang nak komen...semunya cerita tentang rezeki...

nadialadzim berkata...

Alhamdullilah.. rezeki jgn di tolak..:)

Wak Lat berkata...

pakcik taknak bukak satu lagi cawangan kahh., harhar2 wak gurau2 je