Hari ini aku ke HUSM Kubang Kerian Kelantan, temujanji dengan doktor..... apa yang penting hari ini aku nak tengok result darah yang diambil pada minggu lepas sama ada menurun atau makin meningkat.
Alhamdulillah keputusan kali ini mengembirakan aku kerana boleh dikatakan semuanya normal, hanya kolesterol masih lagi diparas tinggi walaupun sedikit menurun. Keputusan kolesterol kali ini..
HDL-Chol 1.01 mmol/L
LDL-Chol 2.15 mmol/L
TG 2.35 mmol/L
Chol 4.23 mmol/L
TG tu merupakan kolesterol jahat (istilah popular) masih lagi tinggi berbanding dengan keputusan lalu 2.36 (normal 2.20)... sementara jumlah keseluruhan kolesterol (Chol) menurun dari 5.00 pada pemeriksaan lalu kepada 4.23.... manakala hasil dari pemeriksaan tekanan darah pada hari ini 127/76. Hasil kali ini doktor bagi isyarat bagus kat aku... Dibawah ni adalah result untuk kali ini.
Rutin
Na 139 mmol/L
K 4.6 mmol/L
Urea 4.0 mmol/L
Calcium 2.41 mmol/L
Creat 112 mmol/L
TB 12 mmol/L
Cl 106 mmol/L
Tiada ulasan:
Catat Ulasan