segmen : blogwalking CNY bersama ayuinsyirah


Jom join segmen yang dianjurkan oleh AyuInsyirah

Sejuk

Salam pagi Jumaat...

Sejuk sungguh sejuk pagi ni, air paip tu dah rasa macam ais.
Usai solat subuh tadi aku keliling kampung, sawah bendang menikmati kedinginan pagi. Hari cuti beginilah aku ada masa untuk beriadah di awal pagi. Kebiasaannya sentiasa terkejar masa hendak pergi kerja dan hantar anak anak ke sekolah.

Mana mana tempat memang sejuk sekarang ni. Hinggakan anak aku yang bongsu tu pun kata sejuk macam duduk kat Cameron dulu. 

Aktiviti waktu petang


Berbasikal telah menjadi aktiviti harian aku sejak seminggu dua ni. Disebabkan mengayuh keseorangan dan tiada teman yang bersama maka jarak perjalanan aku terbatas. Kayuhan aku hanyalah disekitar kawasan kampung dan sawah bendang. 

Ada rakan yang sama minat dengan aktiviti sebegini pun tinggal jauh dari rumah aku. Inilah salah satu cara aku mengeluarkan peluh selain dari berkebun.... Setelah seharian terperap di pejabat... Setelah selesai aktiviti ini barulah aku ke kedai untuk menjemput isteri pulang.



Tujuan Aku berblog


Ada sahabat-sahabat yang bertanya pada aku bila dia orang dapat tahu aku ada blog... beberapa soalan tu antaranya:-

1.   Sejak bila engkau berblog.
      Yang ni sebenarnya dah lama aku berblog, bermula dari tahun 2008 lagi. Banyak blog 
      aku buat semuanya berkaitan dengan persoalan cari duit.  Masa tu aku dengar ramai 
      orang yang dapat duit dengan blog. Aku ingatkan senang... rupa-rupanya susah cari 
      duit dengan blog ni... kalau kita tak rajin dan tiada ilmu yang berkaitan memang 
      susah. Lepas tu aku buat blog suka-suka, masa  tu  aku gila kamera... banyak gambar 
      yang aku masukkan dalam blog tu. Kini semua blog-blog tu aku buang kerana ianya 
      tidak memberikan kepuasan pada aku. Blog yang ada ini sekarang sedikit sebanyak 
      memberi kepuasan kepada aku

2.  Apa yang engkau dapat dengan berblog.
     Memang aku tak dapat apa-apa, yang aku dapat hanyalah kepuasan dengan blog aku 
     ni. Nak dapat duit dari nuffnang jauh sekali. setakat ni hanya ada berapa ringgit aje. 
     Janji aku suka dengan apa yang aku lakukan ini dan berkongsi sedikit maklumat 
     dengan kawan-kawan

3.   Dalam blog engkau tu tiada apa-apa maklumat yang engkau kongsikan dan aku 
      tengok engkau  taip pun lebih kurang
      Siapa kata tiada apa-apa maklumat yang aku kongsikan. Cuba baca baik-baik dan 
      tengok dengan hati yang terbuka... Satu contohnya entri aku dengan tajuk "SELSEMA 
      MELANDA"..... memang betul aku cerita pasal diri aku yang kena selsema.... aku tak 
      cerita pun pasal macam mana nak mengelakkan diri dari terkena selsema, sebabnya 
      dalam blog orang lain dah banyak menceritakan tip tip berkaitan selsema... kan kat 
      situ aku dah masukkkan link yang berkaitan.... klik je link tersebut maka engkau akan 
      dapat maklumat berkenaan... kan aku dah memudahkan pencarian kalian. Lagi pun 
      kau tengok Header aku tu dan ada aku tulis "Kecek Lebih Kure". Buat apa nak kecek 
      panjang lebar kecek lebih kure pun dah cukup kalau maksudnya dah sampai... jange 
      sapai kawe kecek kelate.

Lain orang lain caranya mereka bercerita dan berkongsi tip-tip atau apa saja maklumat. Oleh itu jangan pandang remeh setiap blog yang engkau kunjungi cari dan selami apa yang tersirat disebalik penceritaan mereka. Cerita mereka terkadang berlainan alunannya tetapi skripnya hampir menyamai skrip hidup kita. Jadi "RENUNG_RENUNGKANLAH" dan "LU PIKIRLAH SENDIRI". 

Nota:
Jawapan kepada seorang rakan.

Gambar Petang Rabu #3


Dalam mood menghabiskan bacaan novel Tuhan Lebih Saintifik karya Dr. Farhan Hadi.... seronok... Novel ni aku pinjam di Perpustakaan Awam Jerteh. Biasanya mood membaca aku ni bermusim... 

Pernah satu bulan tu aku beli sampai 6 buah buku antaranya novel, buku motivasi dan buku-buku agama. Aku kurang berminat pada novel-novel cinta remaja.... zaman cinta remaja aku dah habis lama. Contoh seperti novel di atas yang menjadi pilihan aku.... 

Selsema melanda


Hari ini aku betul-betul tak selesa. Kepala berdenyut-denyut dan air dari hidung pula macam dah tak dapat nak ditahan.... dah jadi macam paip bocor..

Saputangan ditangan kerana tisu dah tak dapat menampung. Segan aku berdekatan dengan kawan-kawan. Berharap semoga ianya tidak berlarutan.

nota.
Cerita disambung bila line internet bersambung


GIVEAWAY CNY by DEDEQ"

http://najihah90.blogspot.com/2014/01/giveaway-cny-by-dedeq.html 
Jom pakat-pakat join

SENANG , MUDAH , CEPAT dan SIMPLE kan syarat ? Jom pakat join ^_^

START 9.30pm (27.1.2014) - TAMAT 9.30pm (3.2.2014)


Bila line terputus

Sepatutnya cerita dalam gambar tu aku post kan.  Sedang asyik menaip tetiba line terputus.

Terpaksalah aku pakai s4zoom untuk entri ni.

RM100 untuk anak

Salam pagi ahad,....

Hari ini aku mohon kebenaran dari bos untuk ke SMK Putra. Tujuannya, menerima bantuan khas awal persekolahan bagi anak kedua aku. Kalau tak hadir sini kecil hati dia. 

Dapatlah aku bertanya khabar tentang pembelajaran dan kelakuan si angah ini di sekolah. 

Aku bukan nak promosi

Baca tajuk atas...ayat tu aku biasa cakap kat kawan-kawan... memang betul aku tak ada niat untuk promosi... tapi aku kata kat dia orang kalau nak makan waffle datanglah ke kedai aku....Sah takkan jumpa aku kat kedai tu, isteri aku yang urus. Biasanya aku hanya ada dikedai pada hari Sabtu.

Berbalik ayat atas tu.... walaupun tiada niat utuk promosi, sememangnya ianya menjurus kearah itulah. Bagi anda yang datang ke Jerteh dan nak merasa waffle yang isteri aku buat.... gerenti sedap, carilah kedai aku ni.

Kedai aku ni berada di Bangunan Zon Ria baru berhadapan dengan bangunan Telekom iaitu jalan ke Pasaraya Pantai Timur dan Court (dulunya disebtkan sebagai Court Mamoth)




Siakap tiga rasa


Bukan aku nak cerita pasal resipi... aku tau ramai yang dah pandai masak siakap tiga rasa.. kalau tak tau juga boleh google-google resipinya...kalau aku buat tanpa belajar sekaipun aku gerenti akan jadi tiga rasa.... takan jadi empat lima rasa...(tawar dan pahit)

Berbalik pada cerita siakap tadi...haa... inilah dia siakap yang aku pergi beli di Kompleks LKIM di Kuala Besut pagi tadi .....boleh murah sedikit... kalau beli kat-kat sini confirm tak boleh dengan harga tu.

Alahan Sejuk


Cuaca sejuk yang melanda ketika ini menyebabkan dalam minggu ini saja dua anak aku terpaksa ke klinik.... gara-gara asma.

Pada asalnya ingin ke unit kecemasan hospital tetapi disebabkan pesakit yang ramai.. kesinilah ku bawa anak.

Ikan-ikan pilihan hari ini

Awal pagi lagi keluar dari rumah, menemani isteri ke Kompleks perikanan LKIM di Kuala Besut. ... jarak perjalanan dalam 25km. Dalam kesejukan pagi.... 19 celcius....

Pilih punya pilih isteri ambil ikan aya (tongkol) dan selayang.  Aku pulak terasa nak makan siakap 3 rasa. Sekilo RM12 aku ambil yang 1.5kg....harga dia RM14.

Ikan aya tu aku suka di buat singgang dan selayang pula goreng kunyit atau bakar tawar cicah budu..., sedap woo.. mertua lalu belakang pun tak perasan. ...Sapa suruh lalu belakang.

Agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014

Peristiwa yang berlangsung pada jam sebelas pagi tadi... entri ini lambat dipostkan kerana aku terlalu sibuk dengan alam nyata.....

Seramai 178 orang pelajar menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100.00 . Seramai itulah pelajar tempat aku bertugas. Majlis Agihan disempurnakan oleh En. HAsmadi b. Hassan sebagai wakil dari Yang Berhormat Adun dan turut hadir sama Tuan Haji Suhaimi b. Yassin wakil Pegawai Pelajaran Besut









Terima kasih....


Terimakasih kepada sahabat, Yusri Yusof kerana datang tadi bawa buah tangan. macam tau je waktu tengahari begini.. perut sedang menanti untuk diisi. Yang ni makan selepas makan tengahari...

Gambar Pagi Rabu #6


tiba-tiba terasa dahaga.

Meja Kerja #7


Nampak gambar atas tu... tu lah makanan aku untuk tengah hari ni... yang tu lah sebagai pengalas perut. Sibuk tu memang tak sibuk mana tapi aku malas nak pergi kantin, sejak pindah ke bangunan baru beginilah jadinya. Kantin jauh sikit, kena panjat tangga.

Minggu ni aku jadi sibuk.. semalam dek kerana terlalu sibuk sedar tak sedar bila terdengar azan zohor dari masjid berhampiran aku baru terperasan yang aku dua tiga jam duduk tanpa bangun. Dalam proses untuk mengeluarkan peruntukkan Bantuan Awal Persekolahan untuk diagihkan kepada pelajar.

Kupon Diskaun dari Astro


Aku nak beli apa ye dengan kupon diskaun sebanyak RM50 untuk pembelian di Zalora.. tengah dok fikir. mengintai-intai di web zalora..

RM50 .... banyak juga tu

Kerana sedapnya budu

Sekali lagi mood untuk berblogging jatuh merudum.... kepala sehari dua ni berdenyut.... gatal mata, gatal hidung dan hidung berair. 

Resdung kembali teruk. Puncanya sehari dua baru baru ni aku banyak makan nasi bersama budu dan berulamkan jering... bukan sikit.... memang kegemaran aku. Kalau makan nasi tanpa budu, selera tu berkurangan. 

Nampak gayanya aku kena brek dulu budu ni... biar semuanya kembali normal... dah tak tahan gatal hidung ni.

Sampaikan adik dah tegur... batang hidung merah macam hidung badut.

Giveaway Birthday Azhafizah


Cantik dan menarik hadiah dari tuan punya blog yang anjur giveaway ni... nak join tekan...tekan..tekan banner tu

Layan History Channel

Salam pagi Jumaat. 

Sambil rehat rehat pagi hari selepas selesai membersih sekeliling rumah.... aku buka Channel 555 astro. Tertarik dengan tajuk dokumentari "Mankind the Story off all us".

Sebuah rancangan menarik. Kisah peradaban manusia berkurun kurun dulu... kisah masyarakat Maya, Aztech, Roman & Turki. Kisah pelayaran dan penjelajahan manusia...

Cukup menarik.... jom layan

Segmen : Bloglist dan blogwalking by Miss Fairytale


Jom meriahkan. Tekan banner atas untuk join

Aktiviti PJK tahun 1

Dalam perjalanan ke kantin sekolah tadi... aku tertarik dengan aktiviti Pendidikan Jasmani yang dijalankan oleh rakan guru...

Melihat keceriaan anak anak tahap satu melakukan aktiviti senaman pagi... teringat kat anak perempuan aku yang sekarang juga belajar di tahun satu.

Setiap kali hari Pendidikan Jasmani hati dia berbunga riang.... suka sangat bermain.  Bermain sambil belajar, satu proses bagi anak anak seusia ini





Meja kerja #6

Sibuk memanjang.... hinggakan waktu rehat tadi aku tak perasan.  Nasib baiklah azan zohor mengingatkan aku.

Wartawan mu datang aku tunggu

Beberapa keping gambar yang aku post dalam Facebook hari ini mendapat komen positif dari beberapa rakan dan ia juga menarik minat seorang wartawan untuk datang.

Melalui mesej di Facebook dia meminta nombor telefon aku.  Wartawan ini ingin menjadikannya sebagai bahan berita.

Isu tanah runtuh ini aku pernah post di blog ini dulu. Surat dan beberapa keping gambar telah aku hantar kepada pihak yang berwajib. Sehingga kini tiada makluman yang aku terima.  Tanah runtuh semakin luas.

Harap harap dengan jadi bahan berita maka akan ada tindakan yang segera dari pihak yang berwajib. .. semogs wartawan ini datang. ...

Wartawan mu datanglah aku tunggu


Cerita parking

Pagi tadi ke HUSM Kubang Kerian, atas urusan peribadi.... sambung ubat. Satu hal yang menjadi masalah di sini ialah betapa susahnya nak parking.

Sampai di sini jam 9.30 pagi. ... ada rungutan dari joki sendiri.

"Peluh molek kita pagi ni" itu perbualan yang sempat aku dengar antara dua joki.

Memang benar, tempat parking telah penuh ada yang bersilang, ada yang menghalang.
Selesai menurunkan isteri, aku bergerak mencari tempat parking ... beberapa kali pusing memang tiada. Akhirnya aku macam yang lain, menyilang dihadapan sebuah kereta.  Hampir dua puluh minit di situ. Tuan punya kereta yang aku silang datang.  Bertuahnya aku. Tempatnya aku ambil alih. Kiri kanan ramai lagi belum dapat.

Terus ke farmasi untuk menemui isteri yang menunggu nombor giliran dipanggil. 3060 nombor giliran di tangan isteri, nombor di monitor 3055, dah tak lama.

Aku kembali ke kereta.  Terpandang sebuah alza, di dalamnya sepasang suami isteri muda.  Sedang si isteri memangku bayi mungkin anak pertama.  Aku kesian.... mungkin si bayi ini ada temu janji dengan doktor...

Aku mengetuk cermin sebelah pemandu (si suami) minta dia parking tempat aku. Aku katakan padanya aku tak lama... aku jelaskan padanya.... dia masuk tempat aku, aku kembali parking menyilang.

Sebuah penghargaan ku terima.... ku balas dengan kata, rezeki si kecil. Ku sangkakan sekejap rupanya hampir setengah jam juga di situ barulah isteriku sampai.

Senyum ku tidak berbalas

Petang tadi seperti biasa aku ke Jerteh untuk mengambil isteri... sementara menunggu masa untuk menutup kedai.....

Aku kehulu kehilir berjalan di kaki lima deretan kedai. .. tetiba terpandang seorang yang pernah aku kenal... memang aku kenal pun... tak kan dia tak kenal aku....

Jarak antara kami bukan jauh.... aku senyum pada dia... tiba tiba dia memaling muka ke arah lain. ... terasa malunya aku, nasib baik tiada siapa siapa pun berdekatan dengan aku....

aku cuba bersangka baik..... mungkin dia bergaduh dengsn isteri dia atau dia tidak perasan akan aku.... wallahuaklam.

Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah



Jom pakat-pakat meriahkan.. klik banner tu kita pakat join ramai ramai


Asalnya tukang kebun kini jadi tauke

Bila ditanya pada seorang sahabat aku... Best nya kerja sendiri, jadi tauke sendiri.
Katanya, aku bukan tauke... aku hanya kuli, ambil upah pikul barang...

Sahabat aku ni dulu kerjanya sebagai tukang kebun sekolah secara kontrak. Akhirnya kontrak dia sebagai tukang kebun tidak dapat disambung.

Bermula dari itu dia mengetahui keperluan dan kehendak sekolah terhadap beberapa jenis barangan.

Dari tukang kebun dia terus menukar profesion nya sebagai pembekal barangan sekolah... ternyata dia berjaya dalam bidang ini. ... katanya, asal ada kemahuan di situ ada jalan.

Pencen awal

Dah lama tidak berjumpa dengan seorang rakan yang bukan satu jabatan tapi bergred yang sama... usia aku dengan dia memang jauh berbeza.

"Tahun depan aku pencen" katanya padaku.

"Awal kau pencen" aku menatap raut wajahnya, memang kelihatan masih muda.

"Aku ambil 56 tahun dan tahun depan genap umur aku 56" katanya lagi.

"Aku pun kalau boleh aku nak pencen awal, 47 tahun atau 48 tahun" kata ku berseloroh.

"Engkau tak apalah, kau tu dah ada bisnes" kata nya pada ku sambil merujuk pada kedai yang aku miliki.

"Engkau tahu, aku kalau boleh nak jadi bos sendiri. Nak buka satu lagi kedai. Kedai itu biar isteri aku yang urus" memang benar sekarang ni dah terasa benar malasnya untuk pergi kerja.....

Kan bagus kalau duduk duduk goyang kaki duit masuk. .. ha.. haa.. bukan macam tu sekali maksud aku..

Aku ingin masa bekerja yang bebas. .... in sha Allah rasanya setahun dua lagi tercapai

Bila mood merudum

Sehari dua ni mood untuk aku berblogging merudum, jauh sekali untuk berblogwalking...
Aku kering idea, buntu fikiran. Rasa macam tiada apa yang hendak di cerita.

Tambahan aku bawa sekali kerja pejabat balik ke rumah. Lagipun line Internet slow.  Buat aku malas.

Entri ini pun aku update guna henfon. Pasti engkau orang pernah rasa macam ni...

Nota.
Maaf aku kecek lebih kure

Beranak 3


Hampir dua jam dia gelisah. ... kesana ke mari mencari tempat untuk beranak... akhirnya di satu sudut di bilik dia beranak.. bukan satu tapi tiga... tengah dok fikir fikir nak taruh nama apa pada anak anak si SEMEK ni...

sure lepas ni kena pergi pejabat pendaftaran. .. kalau abang dia dulu aku panggil MAIL... yg ni aku nak taruh nama... mesti nama melayu..

Hari ini aku ikut sama

Bila aku upload gambar gambar aku bersama anak memancing tadi ke Facebook, ramai rakan rakan yang bertanya tempat aku memancing..... sebenarnya alor tempat ini hanyalah di depan rumah aku.

Aku sendiri sebenarnya tidak terjangka akan memperolehi hasil sebanyak ini... rasa rasanya lebih dari lima puluh ekor pancingan kami anak beranak. .. ada yg ingin meryertai sama dan ada yg bertanya tentang umpan yg digunakan. 

Walaupun ikan yg dipancing tidaklah sebesar mana tetapi keseronokan memancing bersama anak itu yg paling dirasai.

Hasil pancingan anak-anak

Memang anak-anak aku ini sungguh-sungguh minat memancing..... sebaik pulang dari sekolah, jam 5 petang dia dan sepupu akan memancing... areanya bukan jauh.... hanya alor di depan rumah. 

Berbekalkan umpan dedak.... bukan sekor dua dia orang dapat... berbelas ekor.... kadang-kadang lebih dari itu... antara ikannya terbol, tebal sisik, merah pipi(yang ni rasakan ramai yg tak kenal)... ikan haruan, puyu dan bujuk.


Kesan dari meminum Glorius Kels


Hari ni masuk hari keenam aku meminum Glorius Kels dan kesannya..... memang terasa kesannya kalau sebelum ini aku mudah kepenatan dan tubuh terasa sebu dan sengal-sengal badan.... alhamdulillah sekarang ni dah rasa bertenaga.... 

Ayat diatas tu bukan nak promosi produk tu.... aku sendiri pun bukan beli jauh sekali untuk jadi ahli tapi hadiah dari seorang rakan... minta aku cuba dulu... aku tahu dia nak promote aku supaya cuba dahulu dan lepas tu beli dan jadi ahli....... maklumlah dia tu dah buka stokis produk tersebut. Selepas merasai kesannya aku bercadang nak jadi ahli.... bukan berniat untuk buat bisnes sekadar untuk kegunaan sendiri

CARA PENGGUNAAN GLORIOUS KELS :
Campurkan kandungan ke dalam segelas air kosong 100ml dan minum. Diambil 1-2 paket setiap hari.
BAHAN-BAHAN GLORIOUS KELS :
Grape Seed Soluble Extract, All Q10 (Coenzyme Q10), White Nigella Sativa, Marine Collagen, Pomegranate, Vitamin E, B-Complex, Beta-Carotene, Vitamin D, Mixberry, Acai Berry, Stevia, Omega 3,6,9 and Blackcurrant Flavour

Kan dah kena

Dah banyak kali larang tapi tak didengar nya. .. memang suka sangat ikut abang abang nya mancing. Kejadian tertusuk mata kail. ..terjadi keatas anak perempuan ku yang sorang... sakit nya sampai kering air mata. .. nak buang sendiri memang tak boleh.. akhirnya ke hospital jugalah.

Perhimpunan Pertama Tahun 2014

Hari ini Ahad pertama Tahun 2014 dan sekolah tempat aku bertugas mengadakan perhimpunan pertama ditapak perhimpunan baru di bangunan yang baru.... semuanya baru. Tengok gambar baik-baik..  setiap tahun sekolah mengalami kekurangan pelajar. Tahun lepas bilangan pelajar seramai 215 orang termasuk pra tahun ini susut ke 195 orang.. 

Rasa-rasanyalah kes ini ada kaitan dengan golongan muda yang berhijrah keluar dari penempatan FELDA ni kerana pelajar disekolah ini adalah merupakan anak tempatan Felda ... kalau ada pun sorang dua pelajar luar dari felda tu merupakan anak cikgu-cikgu yang mengajar kat sini.

Photoshoot S4 Zoom

Sehari dua ni terasa betapa sukarnya untuk aku mengupdate blog ni ....lebih-lebih lagi bila kuota untuk bulan ni dah habis.... dengan kelajuan 123Mb apalah sangat yang dapat dilakukan... betul-betul merayap line.... hendak-tak hendak aku terpaksa top up 2GB.... setiap 1GB harganya RM18.... jadi kos keseluruhan untuk bulan ni RM160.00 tambah 2GB..... fuuuhhh.. banyak juga tu...

Cerita semalam.... gambar dibawah tu ... tu lah satu-satunya anak perempuan aku... bongsu.  Suka bergambar, suka bergaya.... gambar ni dirakam menggunakan S4 Zoom. di rumah bapa mertua aku di Kampung Seri Bayas, Setiu....