Semalam sahabat-sahabat pokcik mengadakan jamuan pulut durian. Pulut yang disponsor oleh bos pokcik dan santan kelapa pula ditaja oleh pengusaha kantin. Bukan main sedap dia orang semua, mentang mentang pokcik ni tak makan durian. Sebenarnya pokcik ni bukanlah pengemar durian dan bukan juga tidak boleh makan durian. Sebelum ini pokcik makan juga walau tidak banyak hanya seulas dua. Tapi buat masa ini pokcik berpantang dulu... untuk mengstabilkan dulu tekanan darah pokcik tengok je dia orang makan untuk mengstabilkan dulu tekanan darah pokcik tengok je dia orang makan. Bau tu memang sedap.. Sebelum ni kalau pokcik nak makan durian hanyalah dengan pulut tu pun setaka dua tiga ulas.. Gaul dengan gula melaka lagi sedap kalau dengan gula pasir putih tu rasa lain.. tidak sedap. Tentang makan banyak durian ni, dulu pokcik adalah pengemar durian kalau setakat dua tiga biji tu hanya untuk pokcik seorang sahaja. Ada ceritanya yang menyebabkan pokcik trauma untuk makan banyak...