Keladi dah boleh dijual


Keladi yang pokcik tanam beberapa bulan yang lalu telah mendatangkan hasil. Beberapa pohon telah dijual, memenuhi kehendak pelanggan yang merupakan rakan dan sahabat pokcik sendiri. 

Anak sulur keladi ini telah pokcik pindah dan tanam ditempat yang lain. Sehingga kini keseluruhan keladi pokcik sebanyak tiga ratus pohon termasuk kecil dan besar. Alhamdulillah pokcik menerima tempahan dari sahabat pokcik katanya hendak sebanyak tiga periuk besar untuk dibuat kenduri pada bulan november nanti.

Harapan pokcik, semoga permintaan dari sahabat ini dapat dipenuhi.. Kerana bukan sedikit yang diinginkannya. Banyak tu...Rasa macam nak pencen awal dan nak fokus pada bidang pertanian pula, terutamanya dalam bidang tanaman sayuran memandangkan apa yang pokcik usahakan secara kecilan selama ini tidak cukup menampung permintaan yang kadang-kadang itu banyak.


4 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Rebus sedap.. Goreng makan dengan sambal pun sedap.. Buat pengat lagi sedap..

Sheila Adziz berkata...

stp apa yg Allah cipta mesti bernilai kan... Hebatnya....

Ain Athirah berkata...

Semoga terus murah rezeki pokcik yeee. Amiinnn kita bebudi pada tanah,tanah balas belipat ganda

Warisan Petani berkata...

nampak cantik kejadiannya.
Sulur keladi tu pun boleh buat duit.