Pagi tadi pokcik pergi ke kebun getah, tujuannya adalah untuk 'melorong' atau menebas semak samun disepanjang banjar pokok getah. Buat permulaan ini pokcik hanya menebas/membuat laluan menoreh getah sahaja sebelum menebas keseluruhan semak didalam kebun.
Kali ini pokcik berhasrat untuk menoreh sendiri getah ini berbanding sebelum ini memberi orang lain yang menoreh.Pokcik akan hanya menoreh pada hari cuti sahaja.
Disatu kawasan dalam kebun pokcik, terlihat satu 'jerumun' yang dibuat dari batang dan ranting pokok senduduk yang telah kering. 'Jerumun' ini adalah tempat tinggal sementara babi hutan. Terdapat satu pintu bagi kegunaan keluar masuk babi, dari pemerhatian pokcik jerumun ini telah lama ditinggalkan.
Pokcik tidak berani masuk lebih dekat, bukan kerana takut adanya babi kerana sudah diketahui babi itu telah lama meninggalkan tempat ini tetapi disebabkan kebiasaannya jerumun ini banyak hama atau sekenit yang menyebabkan kulit akan menjadi gatal.
Buat masa terdekat ini pokok getah sebatang seperti didalam gambar tu tidak akan pokcik dekati untuk menorehnya..
6 ulasan:
owh kalau tempat babi hutan...memang kawasan sarang dia akan banyak kutu sengkenit tu yer?
Harga getah sekarang kurang memberansangkan.
Kebun getah WP pun terbiar aje tidah bertoreh.
jerumun tu sarang tempat babi hutan beranak.
saya ada kebun getah tp susunya kurang keluar bila ditoreh..
lama tak gi kebun getah..
Tengok laluan ni, terigt mase kecik2 dulu..Mak pernah bwk g kebun getah mak..naik basikal..Stp pagi, sebelum mula menoreh, mak akan laga2kn mata parang kasi bunyi utk bg isyarat pada pak belang katanya...Mak jgk buatkan 1 pondok tinggi utk sy duduk sementara mak & kakak menoreh getah..Unforgettable memory..huhu
Dah lama tak jejak kebun getah sejak arwah pak long miza meninggal. Walaupun banyak nyamuk tapi best
Catat Ulasan