Semalam pokcik upload kat facebook gambar atas (maaf gambar kurang jelas) dengan status 'sedap terlajok buah ni, kalu makan belalak anak mata. tak dok hok hitam'. Jadi ramai juga sahabat-sahabat pokcik yang bertanya buah apakah ini.
Sebenarnya ini adalah buah dari pokok balik angin atau nama botaninya Mallothus biaceae... tu pun tau selepas baca kat wikipedia.. pokok balik angin ini tumbuh di sekeliling kampung terutama ditanah yang baru diterokai.
Setahu pokcik buah ni orang tak makan, burung dan tupai pun tak terliur nak makan.. kalau makan juga tak tahulah kesannya kat badan kita manusia ni.. pokcik pun tak terasa nak cuba makan buah ni..
Tapi pokok ini ada khasiatnya. Dulu arwah datuk pokcik pernah menggunakan bahagian pokok ini bagi tujuan pengubatan. Bahagian yang digunakan adalah daun bagi tujuan mengobati sakit perut (mulas), perut masuk angin atau kembung.
Caranya adalah ambil dua tiga helai daun ini berserta dengan sedikit halia dan sedikit beras dihancur/digiling/ditumbuk lalu dilumur pada kulit perut... In Sha Allah dapat sedikit sebanyak melegakan kesakitan.
1 ulasan:
First time nengok nie.. cantik warnanya..
Catat Ulasan