Langkau ke kandungan utama

Di Desa Kasihku Tertumpah - #MoodRaya

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya aidil fitri.. dibulan yang mulia ini kita sama-sama perbanyakkan amalan-amalan mulia.. zakat fitrah dilupa jangan.

Sambil-sambil buat kerja tadi telinga melayan corong radio diatas kepala. Dah nak dekat raya nikan macam-macam lagu raya yang berkumandang.. mood raya tiba-tiba menjelma dalam hati.

Tapi yang lebih menarik perhatian pokcik bila lagu Di Desa Kasihku Tertumpah nyanyian Dato' DJ Dave... teringat zaman muda dulu, masa tu bermusafir dinegeri orang.. rasa rindu sangat pada kampung halaman.. hayati liriknya




Di Desa Kasihku Tertumpah

Saujana mata memandang
Kehijauan sawah terbentang
Tenangnya sungai mengalir
Perahu nelayan ke hilir

Beburung terbang berkicau riang
Pepohon melambai-lambai
Indahnya bumi bertuah
Di sini kasih tertumpah


Malangnya di sana sini
Ibunda di rumah menanti
Hanya ayah tua yang bekerja
Anak muda ke kota

Tinggalkan ku di desa
Hibanya rasa di hati
Teman dan rakanku menghilang diri
Walaupun hidup sendiri

Kekasih pun turut tergoda
Ketenangan desa ku menanti
Kesepian tak ku hiraukan
Sungguhpun kota mu indah


Di desa kasih ku tertumpah
Pulanglah bila bercuti
Ibunda di rumah menanti
Saksikanlah subur ladang ku

Yang setia menunggu ku
Hanya ayah tua yang bekerja
Malangnya di sana sini
Anak muda ke kota

Kesepian tak ku hiraukan
Hibanya rasa di hati
Teman dan rakanku menghilang diri
Kekasih pun turut tergoda


Walaupun hidup sendiri
Tinggalkan ku di desa
Yang setia menunggu ku
Sungguhpun kota mu indah


Di desa kasih ku tertumpah
Pulanglah bila bercuti
Saksikanlah subur ladang ku
Ketenangan desa ku menanti

Ulasan

sitirohaida berkata…
mood dengar lagu raya sekarang ni
Nina Mads berkata…
tak pernah dengar lg lagu raya ni.. trima kasih join GA nanti pm alamat
Warisan Petani berkata…
Sungguh menggamit memori

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu