Semalam sahabat pokcik bercerita pasal dia telah terkena.. terkena bila membeli makanan yang telah basi dari pasar malam berdekatan dengan rumah kediamannya. Buka main terliurnya dia dengan satu juadah yang dijual disebah gerai... dibelinya dan bila balik rumah dibukanya tiba-tiba terbau masam. Dibungkusnya semula dan terus dihantar balik ke penjual tersebut.. pastu siap penjual tu buat selamba dek je..
Jadi apa jua pilihan kita kita adalah tetap pengguna jadi kita berkuasa menentukan pilihan kita.... Pastikan
1. Pilih gerai yan bersih dan jauh dari pencemaran (longkang dan tong sampah)
2. Pilih pengendali makanan yang bersih (memakai pakaian pengendali makanan
yang sempurna). mengamalkan pengendalian makanan yang baik dan
menggunakan perkakasan yang bersih.
3. Pilih air minuman yang bersih dan disediakan didalam bekas yang bersih.
4. Pilih makanan yang kurang berisiko (masih panas dan segar) tidak terdedah
(bertutup) dan tidak menggunakan surat khabar bagi menutup makanan.
Amalkan juga konsep
LIHAT
Pastikan makanan yang dibeli tidak berlendir, tidak melekit, tidak berubah warna, tidak berkulat dan bebas daripada bendasing seperti rambut.
HIDU
Jangan makan jika berbau busuk dan pelik
RASA
Rasa sedikit dahulu jika rasa masam atau basi jangan makan
Kendalikan juadah kita sebaik mungkin...
1. Makan dengan segera, pastikan makanan yang dibeli dihabiskan dengan segera.
2. Lebihan makanan atau makanan yang dibeli untuk bersahur perlu disimpan
segera di dalam peti sejuk dan tidak dicampur dengan makanan baru.
3. Makanan yang hendak dipanaskan semula perlu dipanaskan dengan
sempurna/mendidih.
Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya mengalami simpto-siptom berikut :
1. Loya dan muntah
2. Memulas dan sakit perut
3. Demam dan kesejukan
4. Cirit-birit
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
1 ulasan:
tak patut penjual tu buat macam tu..malu la tu..ish2
Catat Ulasan