Rabu, 28 Januari 2015

segmen : blogwalking bersama ayuinsyirah



Klik Banner atas untuk join segmen ni. Syaratnya cukup ringkas

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join.


♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)



Demam Melanda



Bahang demam mula melanda keluarga pokcik. Pertama yang menjadi mangsa ialah anak perempuan pokcik yang bongsu. Minggu ini sudah tiga hari tidak ke sekolah. Mangsa kedua, anak ketiga pokcik... simptom yang sama pening, selsema dengan hidung berair, mata merah dan letih. 

Pokcik menjadi mangsa ketiga... perkara yang sama. Seperti anak pokcik. Dua hari ambil cuti dan hari ini gagahkan diri ke tempat kerja kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Semuanya berkaitan dengan akaun sekolah. Pada 4 - 5 Februari ini pokcik kena menghadiri bengkel penyediaan penyata akaun bagi tahun 2014. Ada lagi yang belum selesai, itu yang menyebabkan pokcik gagahkan diri.

Mangsa keempat. Isteri pokcik. Dah nasihatkan dia tak payah buka kedai, cuti dan rehat sahaja. Lagi pun kedai sendiri. Tapi isteri pokcik ni jenis degil tak nak dengar nasihat. Kesian dia, balik tadi jam 6.45 petang terus baring. Kerja-kerja masak kat dapur malam ni pokcik yang uruskan.

Harap semuanya cepat sembuh... Kata orang selsema ini kalau kena habis serumah virusnya menyerang. Ada dua anak lagi yang belum kena. Harap-harap semuanya sihat dan dijauhi.

Isnin, 26 Januari 2015

SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH

SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH (mengadabkan anak²)
عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.
- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر.
Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda :
Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.
- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".
- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.
_______________
Dalil Pukul Anak.
Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”.
(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)
Pukul mendidik.. rotan tapak kakinya.. bukan pukul ikut nafsu
_______________
Had angkat tangan ketika merotan
Jgn melebihi paras ketiak.. umpama kepit buku di ketiak.. jgn jatuh buku tu masa angkat tangan..
Pukul bukan ikut nafsu syaitan.. anak tu amanah Allah.. penghuni syurga.. jgn sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka..

sekadar perkongsian dari rakan-rakan

Ahad, 25 Januari 2015

apa lagi nak buat


Lepas ni dah tak boleh rotan anak dah...... pokcik tak tahu apa hukuman untuk kita hukum anak yang nakal, degil dan babil. Tersilap hukum kita pula yang dihukum. 

Rata-rata kawan pokcik yang ditanya pasal perkara ini kurang bersetuju dan minta dikaji... pokcik tak nak ulas panjang lebar.. maklumat pokcik terima pun belum jelas... hanya dengar rungutan dan sungutan dari kawan-kawan sahaja.

Arwah ayah pernah berpesan. Bila cukup usia anak sepuluh tahun, bila malas sembahyang. Kalau perlu rotan, rotan sahaja sebagai hukuman. Menghalau iblis dalam badan.... 

Buat yang terbaik, minta pencerahan dari pihak yang berwajib.

Sabtu, 24 Januari 2015

Kenapa perlu guna facebook untuk tujuan pemasaran


Kenapa perlu guna Facebook untuk tujuan pemasaranKini penguna facebook mencecah ratusan juta dan pengguna dari malaysia adalah merupakan yang tertinggi di Asia. Jadi rugi sekiranya kita seorang peniaga atau dropshipper yang tidak mengambil peluang ini.

Kebanyakkan sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana blog atau pun website. Ada juga diantara mereka yang mana dahulu adalah seorang blogger yang kini terus beralih arah ke Facebook.

Semakin banyak pengeluar-pengeluar gajet seperti Samsung, Apple dan pengeluar jenama smartphone lainnya berlumba-lumba untuk memasukkan applikasi media sosial ini ke dalam produk keluaran mereka. Kebanyakkan pengguna gajet ini akan mengakseskan media sosial ini dengan smartphone mereka walaupun dimana mereka berada selagi masih ada liputan rangkaian.

Ini merupakan satu peluang untuk peniaga-peniaga atau IM untuk mempromosikan produk keluaran mereka atau anda sebagai seorang dropshipper.

Satu lagi kelebihan facebook kerana ia bersifat viral atau juga bersifat 'mulut ke mulut'. Jadi apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan menjadi semakin viral dan sampai ke ratusan atau ribuan pengguna yang lain.

Sebenarnya terlalu banyak cara kaedah pemasaran facebook yang boleh digunakan, bukan setakat post di wall atau kemaskini status sahaja. Kaedah pemasaran facebook ini boleh kita pelajari dari mereka yang mahir dengan menghadiri kursus-kursus atau membelanjakan sedikit wang untuk mendapatkan ebook-ebook berkaitan.

Jumaat, 23 Januari 2015

Memancing di tasik


Keinginan untuk kembali memancing di tasik ini telah lama tertanam. Rasanya hampir belasan tahun tempat ini tidak menjadi medan pancingan pokcik. Dulu jalan untuk ke tasik ini hanyalah dapat dilalui oleh motorsikal. Sekarang ini jalan yang cantik merentangi sehingga ke pendalaman daerah. 

Memancing di tasik ada keseronokan tersendiri. Lagi seronok kalau keseluruhan kawasan tasik dijelajahi dengan bot atau sampan. Mencari olak-olak toman, haruan dan sebarau mengejar anak-anak ikan dipermukaan air. 

Kalau belasan tahun dahulu setiap kali memancing sentiasa ditemani rakan-rakan yang sama sealiran minat. Kini anak-anak pula yang menjadi teman dan sahabat sama minat. Sementara isteri dan anak yang lain pula menunggu ditebing tasik menikmati keindahan panorama tasik




Selesai dengan pancingan casting yang menjadi pilihan memancing untuk petang ini dengan hasil dua ekor ikan iaitu sebarau dan lampam. Pokcik bawa isteri dan anak-anak lainmenaiki bot pusing sekitar tasik... menikmati keindahan tasik, sehingga ke hujung tasik ini.

Khamis, 22 Januari 2015

Fenomena cuaca sejuk


Fenomena cuaca sejuk. Sejuk dan berkabus itu yang dapat diungkapkan. Fenomena yang mulai melanda Malaysia. Bukan sahaja berlaku di Kuala Krai tetapi juga telah berlaku dibeberapa tempat di Negara ini.

Ditempat pokcik dengan suhu sejuk walaupun tidaklah sampai tahap 17 celcius tapi amat menyejukkan. Sehinggakan anak-anak pun berfikir untuk mandi di pagi hari.





Suhu sejuk, kabus yang tebal telah menghadkan jarak penglihatan kepada pemandu-pemandu kereta motor. Untuk bermotor ke sekolah yang terletak sedikit ke pendalaman daerah. Terpaksa berfikir dua tiga kali memandangkan suhu yang sejuk.

Seingat pokcik cuaca sejuk seperti ini pernah melanda kawasan ini pada awal tahun lalu. Mengikut kata pakar punca terjadinya fenomena ini adalah disebabkan tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia bergerak ke negara China dan membawa cuaca sejuk memasuki Laut Cina Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.


Selasa, 20 Januari 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2015

Alhamdulillah pagi tadi berlangsungnya sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis yang diadakan secara sederhana dimana pada tahun ini tiada perarakan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. 

Antara pengisiannya ialah ceramah, pertandingan menulis khat, mewarna dan pertandingan azan. Jom tengok sebahagian gambar acara yang berlangsung pagi tadi.







Sabtu, 17 Januari 2015

Bagaimana membuat ikan haruan kering


Bagaimana membuat ikan haruan kering. Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering.

Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam.

Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik.

Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni. 

Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula.


Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi oleh lalat pokcik ada sedikit petua. Petua ini adalah dari ajaran orang-orang tua dahulu. Caranya ialah ikan ini disapu dengan minyak masak. Sapu keseluruhan ikan seekor demi seekor. Sapu biar rata.

Bukan sahaja lalat tidak lagi menghinggapi ikan yang dijemur bahkan ikan ini bertambah cantik dan berminyak. Tidak kira ikan apa yang hendak dikeringkan.




Itulah sedikit sebanyak yang pokcik nak kongsi berkaitan bagaimana membuat ikan haruan kering yang penting ikan yang dikeringkan tu nampak cantik berminyak dan bersih.

Jumaat, 16 Januari 2015

memancing di Baruh Batu kerikil



Petang tadi pokcik berkesempatan memancing di baruh  Batu Kerikil di kampung Awek... nama tempat pun dah cukup unik. Bersama sepupu dan seorang anak lelaki yang ingin sangat kesana.



Sebenarnya ini merupakan kali pertama pokcik ke sini. Mengikut cerita dari sepupu kawasan ini banyak ikan haruan yang besar. 

Ingatkan hanya kami bertiga sahaja yang berada di kawasan ini. Rupanya telah dipenuhi oleh kaki-kaki pancing tua dan muda.


Teknik pancingan casting menjadi pilihan kami. Dua jam berada disini cukup menghairahkan kami. Sambaran ikan haruan pada umpan tiruan membuatkan kami bertiga semakin bersemangat menjelajahi parit di sekitar kawasan ini.

Pulang dengan hasil pancingan sebanyak tiga puluh tiga ekor haruan. Kebanyakan haruan yang dipancing sebesar lengan orang dewasa, hanya dua ekor sebesar betis


Dua ekor ikan haruan yang paling besar telah diminta oleh anak untuk dimasak stim manakala yang lain tu pokcik siap siang untuk dikeringkan.


Khamis, 15 Januari 2015

Mini Giveaway by izzeyda



Giveaway ini  berlangsung sehingga 30 Januari 2015 jam 11.59 malam. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 3 Februari 2015. Jom join giveaway ni. Klik banner atas tu.

Laptop baru


Alhamdulillah hari ini dapat beli laptop baru bagi menggantikan laptop Acer yang rosak. Nak dibaiki acer tu rasanya dah tak berbaloi.. maklumlah barang dah lama. Kalau tak silap Acer tu pokcik beli pada tahun 2008. Lama sangatkan.

Bila dapat Asus ni rasa semangat untuk berblog makin laju, barang baru semangat baru. Kalau sebelum ni selama tiga minggu berblog dengan samsung tab lapan inci ni... semangat tu kurang sikit...

Bila tengah bersemangat, line celcom pula buat hal. Kat rumah pokcik ni line celcom memang ciput... terpaksa update blog pakai tab 3 ni juga.. tab ni guna Telco Digi.. apa-apa pun sabar je lah..

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Selasa, 13 Januari 2015

Ahad, 11 Januari 2015

Keajaiban berlaku



Petang tadi pokcik ke majlis penyampaian bantuan banjir di Pejabat Penyelaras. Pokcik kesana sebagai salah seorang penerima sumbangan. Dalam keghairan untuk mengambil gambar tiba-tiba S4zoom ini terlepas dari genggaman menghempas dengan kuatnya lantai simen di bawah.

Tiada apa lagi yang mampu terkata... pelbagai cara dibuat untuk mengembalikan fungsi kamera... lens yang terkeluar panjang sudah tidak berfungsi.. tetap tidak tertutup. Secara manual lens itu dipusing tetap jua seperti itu... selain dari itu semuanya berfungsi dengan baik. Telefon ditutup, bateri dikeluarkan dan dimasukkan kembali sebagaimana arahan tetap macam itu juga... akhirnya pokcik putus asa..dengan niat esok petang akan ke bengkellah telefon ini.

Usai solat maghrib seperti kelaziman biasa pokcik akan membaca surah Yaasin dengan niat bersedekah kepada arwah ayah serta datuk dan nenek. Selain dari itu pokcik juga setiap kali membaca surah Yaasin akan memohon supaya dipermudahkan segala urusan ini sama ada didunia dan akhirat.

Sebaik selesai  membaca surah Yassin pokcik terus ambil S4 Zoom ini.. sebaik fungsi kamera dihidupkan keajaiban telah berlaku semuanya kembali normal seperti dulu.. seperti tidak pernah berlaku sebarang kerosakan..

Alhamdulillah sesungguhnya Allah itu Mahakaya... Bagi pokcik ini semua adalah keberkatan dari bacaan Surah Yaasin. Kadang-kadang dalam keadaan tersepit dengan masalah kewangan dipermudahkan rezeki olehnya dalam keadaan yang tidak tersangka-sangka.



Jumaat, 9 Januari 2015

pancing ikan dapat kura-kura

Petang tadi keliling kampung bersama dua orang anak. Anak lelaki ketiga dan anak bongsu perempuan seorang ni. Tujuannya hanya satu, mengintai tempat pancingan yang sesuai. 

Menyusuri aliran alor didepan rumah sehingga ke hulu sedikit sehingga ke Kubang Kucing. Airnya keroh. Memang tidak sesuai untuk memancing


Dah ada rakan sejiran yang sedang memancing. Waktu sampai tadi dia sedang berhempas pulas untuk membuang mata kail dari mulut kura-kura. Kura-kura yang ketiga katanya. Di pancingnya ikan dapat kura-kura. Cukup berhati-hati dia mencungkil mata kail dari mulut kura-kura. Pertama tidak mahu digigit dan keduanya tidak mahu terlalu menyakiti kura-kura.

Sebaik mata kail tercabut terus dilepaskan semula ke dalam air... bila hujan rintik mulai turun pokcik fan anak-anak terus balik. Tidak ingin berlama-lama kerana joran pun kami tak bawa, sekadar mengintai keadaan.


Segmen Mama mencari bloglist




Assalamualaikum

Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.

Syaratnya :

Follow blog Mama Niza.

Letakkan URL blog mama di bloglist anda.

Tamat : 10 Januari 2015

Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015

Nota : Jom beri sokongan pada mama!

Rabu, 7 Januari 2015

Segmen: Pencarian New Bloglist Cikgu Farha Jan-Feb


Assalamualaikum...

http://www.cikgufarha.com/2015/01/segmen-pencarian-new-bloglist-cikgu.html
Klik banner untuk join :)

Memandangkan semua bloglist CF dah lenyap gara-gara tukar domain tempoh hari, maka CF berhasarat nak cari new bloglist nak tempek semula kat dinding blog CF ni. Insya Allah semua yang sertai CF akan aturkan masuk bloglist CF bagi memudahkan CF bw untuk masa akan datang.

CF akan pilih secara random menggunakan Random.com ye. Jom ramai2 sertai. Takde syarat. Yang penting wajib ada blog hehe. Ikuti langkah kat bawah ni ye :)

Segmen akan tamat pada 20 Jan 2015

Jom join jom!!


Siapa blogger kegemaran anda

Siapa blogger kegemaran anda. Setiap orang penulis mempunyai sesuatu yang mereka suka atau menginspirasikan diri dari penulis yang lain. Begitu juga tidak terkecuali bagi seorang blogger.

Bagi pokcik ada beberapa blogger diluar sana yang mana corak penulisannya amat disukai... kekuatan penulidan yang amat mempengaruhi blogger-blogger baru... tidak perlu jadi seperti mereka.... tapi tiru apa yang mereka buat sehingga berada ditahap ini...

Siapa blogger kegemaran anda. Kalau inginkan info tentang SEO atau perkara berkaitan dunia blogging pokcik akan berkunjung ke blog Hasrulhassan.

Kalau inginkan corak berblogging yang santai BenAshari sesuai untuk berlama-lama.... apabila perlukan sedikit info, Kak Kujie sesuai untuk dibaca.

Secara jujurnya banyak lagi blog dari blogger-blogger hebat luar sana dengan corak penyampaian yang berbeza.... mereka ini semuanya hebat dalam bidang masing-masing.

Siapa blogger kegemaran anda

Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM100 seorang yang diumumkan menerusi Bajet 2015 dijangka akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh  negara mulai 15 Januari 2015 secara berperingkat-peringkat...

Sebagai seorang pembantu tadbir sekolah yang menguruskan kerja-kerja perakaunan dan kewangan. Sudah menjadi tanggungjawab pokcik memastikan duit ini telah pun dikreditkan terlebih dahulu ke akaun sekolah sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.  
 
Kebiasaannya pihak sekolah akan menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk pengagihan wang bantuan ini dan satu majlis akan diadakan.

Apa yang melayakkan seorang pelajar itu mendapat bantuan Persekolahan ini.

*  Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan mesti berstatus 
    warganegara Malaysia
*  Bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan 
*  Murid tahun 1 hingga ke Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi tahun 
    persekolahan 2015.

Bloglist Januari

Sebagai penghargaan kepada rakan-rakan blogger yang sudi bertandang di blog yang tak femes ni dan meninggalkan jejak diruangan komen, maka dengan ini pokcik mewujudkan kembali ruangan bloglist bulanan. 

Bagi rakan-rakan blogger yang ingin blog mereka berada dalam ruangan bloglist pada bulan berikutnya bolehlah tinggalkan apa-apa jejak pada setiap entri yang anda rasa berkenan untuk dibuat ulasan.... 

cukup senangkan.. lepas ni lagi senang untuk pokcik berblogwalking kat blog rakan-rakan ni... Blogger yang blognya terpamer diruangan bloglist Januari ialah:-


Webinar Pemasaran Affiliate Percuma

Adakah anda ingin membongkar rahsia "Menjana RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah"?

Sertai Webinar Percuma Ini

Dalam webinar ini, anda akan belajar cara menjana duit secara “auto” menggunakan teknik rahsia dalam pemasaran affiliate.

Cara dan teknik mudah untuk menjana komisen affiliate dalam 48 jam
* Teknik menjana RM800-RM1,000 sebulan secara konsisten melalui Ashadee
* Cara membina sistem pemasaran yang berfungsi 24 jam sehari, 7 hari se
* Cara affiliate marketing berfungsi, dan bagaimana anda mendapat komisen  
   minggu

Webinar ini terhad kepada 100 orang sahaja, jadi daftarlah sekarang juga!

Anda hanya perlukan komputer dan headphone untuk menyertai webinar ini.

Tiada sebarang perisian lain atau skill teknikal yang diperlukan.

Daftar sekarang juga DISINI

Selasa, 6 Januari 2015

kembali ceria


Segalanya sudah kembali normal. Cuaca dua tiga petang cukup cerah hanya semalam sahaja hujan turun tetapi tidaklah lebat... jiran-jiran sudah dapat membakat sampah sarap tinggalan banjir..

Anak dan rakan-rakan sejiranya sudah kembali bermain sepak raga bulat... sewaktu banjir lalu tempat ini, iaitu tempat mereka bermain ini, kedalaman banjir adalah separas dada orang dewasa

Laman rumah emak kini kembali meriah dengan suara kanak-kanak... menceriakan suasana petang hari.

Dah masuk tahun ketiga rupanya



Sudah dua tiga hari telah berlalu di awal bulan januari ini dan dipermulaan tahun 2015, blog ini seakan sepi tanpa apa-apa catatan. Sesungguhnya kesibukan dan dunia realiti membataskan waktu. 2014 ditinggalkan dengan pelbagai cerita suka dan duka. 2015 semoga ianya membawa kebahagiaan In Sha Allah.

Allamdulillah, sesungguhnya tanpa disangka blog ini telah melangkah ke tahun ketiga dan tanpa disangka juga pokcik telah berjaya memujuk hati mencari masa dan terlebih lagi mencuba supaya sentiasa konsisten dalam berblog. Walaupun sebelum ini banyak blog-blog pokcik yang telah berkubur tanpa hala tuju.

Kadang-kadang terfikir juga dihati ini, siapa yang akan membaca blog ini... siapa yang akan berminat untuk bertandang menjadi tetamu diblog ini. Apakah yang ada pada blog ini. Tiada panduan yang ada diblog ini. Hanya sedikit catatan perjalanan hidup dan tempat merapu meraban. 

Tanpa disangka ada juga rupa-rupanya insan-insan yang sudi bertandang dan akhirnya menjadi sahabat dialam blog ini.sebagai tanda penghargaan buat sahabat In Sha Allah pokcik akan anjurkan segmen atau giveawy penghargaan..... tunggulah sehingga pengumuman nanti.... hadiahnya taklah mahal tunggulah nanti... sempena tahun ketiga blog ini. 

Terima kasih buat rakan-rakan blogger tanpa sokongan dan komen-komen yang ditinggalkan rasanya blog ini telah berkubur.

Khamis, 1 Januari 2015

Pendaftaran sesi persekolahan 2015


Terlebih dahulu pokcik mengucapkan selamat tahun baru buat rakan-rakan blogger.....

Alhamdulillah, pagi tadi berlangsungnya majlis pendaftaran sesi persekolahan sesi 2015 bagi sekolah tempat pokcik berkerja...walaupun sekolah ini dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir... air banjir tidak sampai ke kawasan sekolah kerana sekolah berada ditempat tinggi.....

Pokcik turut bersimpati dengan penduduk kelantan yang terlibat dengan banjir yang teruk... bagaimana dengan sekolah yang berselut yang perlu di bersihkan segera untuk sesi persekolahan tahun ini. Kemusnahan dokumen-dokumen dipejabat serta buku-buku teks sekolah.... lebih teruk lagi dengan persiapan persekolahan anak-anak yang turut sama mudnah... bukan sedikit kewangan yang diperlukan....

Kalau ingin membicarakan tentang kesan kemusnahan selepas banjir. Memang terlalu teruk.... sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu memikul.... sama-samalah kita berdoa supaya anak-anak ini dapat meneruskan persekolahan pada 11 januari ini dengan selesa..

Bantulah mereka sekadar mampu....tidak mampu membantu dari segi kewangan bantulah dengan tenaga.... tidak mampu dari segi tenaga.... tidak mampu juga,.... bantulah mereka dengan berdoa....