Langkau ke kandungan utama

Hanya dengan satu update status di Facebook

Sudah dua tiga hari aku tak membuat sebarang cerita kat blog aku ni.... sebenarnya hari ini aku baru masuk kerja setelah dua tiga hari berada di Johor Baharu..

Apa yang aku nak ceritakan disini ialah tentang kebaikan Facebook kalau kita gunakan dengan sebaik mungkin.. Hari tu aku ada update status yang menceritakan aku baru sampai di Kg. Ulu Pulai, Gelang Patah Johor (boleh tengok print screen bawah) aku tidak menceritakan sebab-sebab apa aku kesana.. tetapi pertanyaan dari ruangan komen oleh sepupu dan rakan rakan membuatkan saudara mara yang lain mengetahui sebab-sebab kedatangan aku kesana..

Jadi kelebihannya aku tidak payah membuat panggilan dan makluman kepada sepupu-sepupu dan saudara mara yang lain menceritakan apa yang telah berlaku. Sebagai contohnya sepupu aku yang berada di Kuala Lumpur dan sentiasa berfacebook mengetahui perkara ini dengan serta merta memaklumkan kakanya yang berada di Pasir Gudang Johor, sepupu yang satu lagi berada di Kerteh, Terengganu telah memaklumkan kepada abangnya yang berada di Singapura setelah membaca status di Facebook. Beberapa rakan-rakan sekampung yang berada di Pasir Gudang telah datang setelah mengetahuinya dari status Facebook



Pendekkata hanya dengan satu status aku telah menjimatkan duit untuk beberapa panggilan. Itulah antara kebaikan Facebook kalau digunakan dengan baik,... 



Ulasan

JunAina berkata…
Teknologi memang sangat2 membantu pada zaman sekarang ini... Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu