Langkau ke kandungan utama

Dari HSA ke Ulu Pulai singgah sini

Bukan niat nak datang ke sini. Diluar perancangan. waktu pulang dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) dari melawat kakak di ICU sana ke Ulu Pulai Gelang Patah. Abang ipar beria-ria ajak singgah sini, Country Garden Danga Bay .... Walaupun mood masing-masing tak menentu.

Abang ipar ajak singgah juga masuk, lawat dan tengok apa yang ada dalam..... dah sampai sini katanya..... Bila lah pula nak sampai... nanti waktu melawat kita masuk pula HSA





Kebetulan hari tu hari ahad cuti hujung minggu, ramai pelancong yang datang, yang paling banyak aku tengok kereta berplat Singapura.... maklumlah Singapura tu tak jauh mana dengan tempat ni... seberang tu je.


Masuk dalam je dua tiga spesis ni siap menungu dan mengalu-alukan kedatangan kami



Emak yang tak berapa ceria... msih terkenang kakak yang di HSA.. katanya kalau ada kakak lagi meriah kerana dia seorang yang periang dan banyak cakap.... 





Aku nak bergambar juga.... Walaupun sekadar guna kamera henset... dalam kekalutan datang sini aku terlupa bawa DSLR



Anak sedara kata macam duduk kat Pulau Perhentian 



Nota:   
sepatutnya entri ini aku post beberapa hari lalu tatapi kekangan waktu aku abaikan dahulu


Ulasan

saya suka gambar siput....dah isi tabung...salam kenal.

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...