Langkau ke kandungan utama

Bestnya bila pejabat dirumah

Betapa malasnya nak pergi kerja hari ni...... bangun pagi tubuh terasa lemau, kaki terasa berat. Mengagahi diri datang ke sekolah ........ Nasib baik aku tak amik cuti hari ni..... memang aku yang rekod cuti tu untuk semua staff termasuk aku sendiri . 

Datang- datang kerja memang banyak menanti... satu dua dan tiga telah selesai... banyak lagi menanti... PK Ko datang minta buat belanja untuk perkhemahan pelajar dan sukan tahunan...

Yang aku kesian kan rakan sebelah aku. EIO yang terpaksa membuat kerja orang lain. Masalah ni bila staff tak datang cuti tanpa sebab..... hari tu Bos dah arahkan surat tunjuk sebab kenapa tidak hadir bertugas tanpa sebab.... datang lah kejap dia. Lepas tu dah keluarkan surat arahan tahan gaji..........   Banyak duit dia ni. Kesian kawan ku ni buat kerja orang lain.... kerja aku orang lain tak boleh ganggu memang aku kena buat




Pasti bestkan bila pejabat kat dapur rumah.... bangun pagi pergi dapur.... lepas gosok gigi terus buat kerja.. agak-agak kau orang kan berapa kerja yang kita boleh buat bila pejabat di rumah. Selesa tak berkerja.... pengalaman aku bila aku buat balik kerja untuk disiapkan pada hari minggu. BAnyak kerja lain yang aku selesaikan... Akhirnya aku selesaikan yang tu disekolah juga.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...