Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ada yang bersarang

Awal-awal pagi tadi sebelum ke sekolah pokcik singgah sekejap dekat kebun pisang pokcik, melihat dan memerhati buah pisang yang boleh ditebang. Pergi ke satu pokok pokcik terpandang seekor burung merbah kemungkinan sedang mengeram telur dalam sarang diatas buah pisang. Perkara ini bukan sekali berlaku boleh dikatakan banyak buah pisang pokcik menjadi kegemaran burung merbah untuk membuat sarang. Ada ketikanya pokcik terpaksa membiarkan buah itu menjadi terlalu masak sehingga burung merbah lari barulah pokcik tebang dan ambil buahnya. Burung sekitar rumah pokcik rasanya lebih suka berdampingan dengan kehidupan manusia mungkin sudah rasa selamat kerana pokcik dan jiran-jiran tidak menganggu mereka. Ada ketikanya mereka mencari sisa-sisa makanan yang dibuang.

Serah kepada yang pakar

Hampir bertahun-tahun pokcik melupakan blog ini, terbiar sepi tidak diiurus. Sebenarnya semangat untuk berblog terpadam terus hampir terlupa dari fikiran. Sehinggalah hari ini apabila salah seorang pembaca blog pokcik bertanyakan tentang minyak gonggang.  Sesuai dengan tajuk diatas, kelmarin pokcik mengajak sahabat pokcik yang memelihara seekor kera untuk memanjat pokok petai. Nak dipanjat sendiri tak mampu pokcik, hanya yang pakar sahaja yang bisa menurunkan buah-buah petai itu. Itulah tugas kera yang telah dilatih untuk mengambilnya. Sahabat pokcik ini tidak mengamil upah dengan bayaran wang ringgit tetapi dengan perkongsian sama banyak buah petai.  

Mini Tiller Ogawa OLT580 - memudahkan kerja-kerja berkebun

  Beberapa bulan yang lalu pokcik ada beli mesin pengembur tanah/Mini tiller jenama Ogawa OLT580. Pokcik pun ada bercerita tentang Unboxing mesin ni DISINI , lepas unboxing tu memang tak boleh guna pun mesin tu, rotor tidak berputar...  Kecewa pokcik, mana tidaknya beli ratus ratus, hampir tiga bulan pokcik tidak menyentuhnya.. kerja buat mengembur tanah semuanya pokcik lakukan secara manual.. semuanya pakai cangkul. Penat cukup penat, betul-betul berpeluh..  nak disiapkan satu batas hampir sepuluh kali berhenti, paling-paling panjang pun tujuh meter lebar satu meter lebih kurang.. Dua hari lepas tergerak hati pokcik untuk melihat dan memeriksa kembali, macam tikus tengok besi, Pokcik ni bukan pandai pun baiki mesin-mesin ni.. memang tiada ilmu pun. pokcik ambil spanar  buka situ bukan sini, ambil skrew pasangkan kembali kat tempat asal. Sudah pasang balik pokcik hidupkan enjin.. berfungsi baik tapi rotor tetap tidak berfungsi.. kecewa rasa hati.. terduduk pokcik.. t...

Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah

  Alhamdulillah masih sempat join lagi Giveaway ni. Tarikh Giveaway ni berlangsung dari 1 Jun 2021 hingga 20 Jun 2021. Tu lah pokcik ni sibuk kekadang terlupa nak update blog dan tiada cerita yang nak dokongsi disini. Jadi bila ada segmen atau giveaway yang simple pokcik join sekurang-kurangnya bernafas lagi blog pokcik ni Masih boleh lagi kalau ingin sertai...klik banner atas tu..

GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious

  Hari ini pokcik bagi sokongan dekat sahabat blogger yang mengadakan giveaway. Nampak sedap sambal ni, kalau terpilih dapat merasa ni. Pokcik ni memang suka sangat makan sambal bilis berserta nasi. Teringat satu kisah semasa pokcik mengadakan satu ekspedisi kalau tidak salah dalam tahun 2006, iaitu ekspedisi yang kami namakan sebagai XPDisi Jejak Mat Kilau.  Beberapa hari sebelum bertolak, pokcik meminta bini pokcik buat sambal bilis. Sambal bilis ini tahan lama dan ekspedisi pokcik ini memerlukan kami trekking hutan dan bukit bukau selama lima hari bermula dari Sungai Trenggan, Terengganu ke Kampung Gusai Ulu Tembeling Pahang. Dah lari tajuk pokcik ni, apa-apa pun jom join giveaway ni syaratnya mudah..   1. Membuat posting bertajuk  GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL  licious dengan      memuat naik gambar banner dan membuat pautan ke entri ini, 2. Like halaman Facebook d' SAMBAL licious (pilihan tanpa paksaan), dan 3. Tinggalkan pautan blo...

Gambar Hari Rabu #77 - Ini je yang tinggal

Tak banyak yang biskut dan kerepek yang dibeli pada raya tahun ni.. Hari raya ketujuh ni je yang tinggal.. ..

'NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

  Bila ada rakan-rakan blogger yang buat segmen @ giveaway yang ringkas dan mudah pokcik suka join.. bagi support pada dia orang dah tumpang tuah dia orang.. Kali ini pokcik join yang ni pula.. klik banner atas tu.. Pokcik pening juga nak pilih hadiah kategori mana, last pokcik ambil kategori dua walaupun nampak sukar tapi menarik, pokcik yang tu.. eeh.. eh.. pokcik pun ada youtube tau, boleh tolong subscribe pokcik punya tau DISINI . Terima kasih ya, kalau dah subscribe..