Langkau ke kandungan utama

Catatan

'Badi derah hungga'

Menjawab pertanyaan dari Mrs. A maksud perkataan ' badi derah hungga ' yang tertera dibanner program jom berkubang anjuran belia kampung pokcik dalam entri sebelum ini. Maksud '' badi derah hungga ' samalah dengan atau tepat dan hampir tepat dengan maksud pertandingan lari laju. Atau ayatnya siapa yang lari paling laju.. Kadang kadang ayat ayat ini masih lagi boleh dibahas oleh mereka yang pakar tentang dialek daerah.. untuk tidak diperbahaskan disini biarlah kita gunakan maksud 'pertandingan lari paling laju' Dalam berkaitan dailek tempatan ini kadang-kadang pokcik takut nanti ada orang kata pokcik menerang maksud yang tidak tepat. Jadi disini biarlah pokcik terangkan maksud ayat itu berdasarkan pemahaman dan penggunaan seharian ayat ini bagi diri pokcik dan masyarakat sekitar sini. '' Badi' itu adalah sama dengan atau tepat dengan maksud tanding atau pertandingan. ' Derah' pula sama dengan deras atau laju. Sementara ...

Program Jom Berkubang

Petang nanti, selepas solat jumaat budak budak belia kampung pokcik akan mengadakan program jom berkubang. Aktiviti pembuka tirai bagi tahun 2019 persatuan mereka. Pokcik sebagai seorang yang pernah memimpin persatuan belia akan turun sama memberi sokongan moral buat mereka. Kalau tahun lepas pokcik bersama rakan veteran menyertai acara bola tampar dan memenangi acara utu mengalahkan pasukan belia yang lain .  Bermain dalam selut dan lumpur ini menyeronokkan tapi cepat penat.

Risau hati ini

Risau hati ini . Waktu entri ni ditulis kat luar rumah tu, angin menderu-deru mengoyangkan daun-daun pokok... Mana tak risaunya kan.. rumah pokcik ni bukan rumah batu hanya rumah kayu peninggalan arwah datuk yang pokcik ubahsuai sedikit sebanyak... Walaupun ribut tropika Pabuk tidak membadai daratan sekitar sini.. tapi tempiasnya tetap kena. Hujan dan berangin yang kadang-kadang kencang.. itulah yang merisaukan. Setakat ini tiada apa-apa yang berlaku cuma berwaspada dan berhati-hati.

Bloglist Exchange Segment by Abam Kie'.

Bila terjah blog Ejulz tadi.. tengok dia ada sertai segmen dari Abamkie... nampak menarik dan simple syaratnya apalagi, terasa terus nak join sama segmen ni.. jom ... jom join sama.. klik banner atas.

Gambar Hari Rabu #52 - Main Angka

Bila bermain dengan angka... kena pula guna formula tu formula ni.. makin pening jadinya.. Dalam sangkut situ sangkut sini... Alhamdulillah akhirnya semuanya dapat diselesaikan..

Diari 2019

Diari 2019 dah dapat ... dan diari 2018 akan ditutup tidak beberapa jam lagi.. Segala catatan dan kerja buat ada yang ditulis dan ada yang tidak tertulis. Begitulah kita manusia ini lemah dan sentiasa terlupa tetapi segala amal ibadat, segala kebaikan dan kejahatan kita tidak sedikit pun tertinggal. Segalanya tercatat dikiri dan kanan kita. Diari tahun 2019 dah dapat ... azam sedikit pun tidak berubah, seperti tahun-tahun yang lalu dan sudah semestinya akan disertai dengan segala penambahbaikan.  Diari tahun 2019 dah dapat.....  Semoga kita semua akan sentiasa memperbaiki diri kita setiap tahun. Agar tahun 2019 akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Jantung Pisang Goreng

Siang tadi pokcik terfikir hendak makan apa. Lauk apa, ulam apa sebagi pembuka selera ini. Bermacam macam dah makan tapi lagi sedap selera kampung. Fikir punya fikir pokcik pergi belakang rumah, tengok banyak jantung pisang yang bergetayangan.  Terlintas dihati hendak digoreng sahaja jantung ini. Tidak ingin dibuat teresek kerana teresek itu memerlukan santan. Hanya resepi ringkas. Pokcik ambil tiga jantung ini unturk digoreng sahaja. Jantung pisang selepas dikupas tinggal yang dalam.. yang lembut sedikit. Jantung pisang dihiris halus dan direndam dengan air garam bagi menghilangkan rasa kelatnya Yang ni hah, tunisannya.. ringkas cili kering, bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar Sewaktu menumis ni barulah pokcik masukan gula garam secukup rasa dan sedikit perisa. Hampir separuh masak dah ni Bila air dia dah kering bolehlah diangkat dan sedia untuk dimakan. Resepi ni ikut selera pokcik bagi mereka yang lagi kreatif bole...