Langkau ke kandungan utama

Catatan

Gambar pagi rabu#??

Pagi... tengah kalut... otak tengah blank....

Lagi-lagi cerita kangkung

  Ahamdulillah, syukur dah dua hari hujan turun dan dua hari juga aku tak payah nak siram kangkung tu.. Berbalik pasal kangkung ni. Aku nak cerita sikit, tak payah banyak-banyak. Cerita tanam kangkung versi aku. Versi yang tak pernah kursus tanam menanam hanya berdasarkan pengalaman dan pakai main hentam aje. Bukan secara ladang tapi setakat sebatas dua. Mula-mula aku bersihkan tanah dan sediakan batas tak payah besar-besar kalau tempat sempit. Batas dah sedia, lepas tu aku tabur najis biasanya najis ayam dan biarkan untuk seminggu kalau tiada hujan aku siramkan air atas batas tu. Agak-agak najis ayam tu dah sebati dengan tanah dan dah kurang tahap kemasinan tanah bercampur najis tu, aku buat lubang memanjang dan taburkan benih kangkung, pas tu timbuskan tanah. Siramlah setiap hari pagi dan petang. Selepas seminggu setengah biji kangkung dah bercambah dan memanjang aku siram pula dengan air baja. Baja 15/15. Baja ini penting untuk pertumbuhan daun dan batang. Biasanya tak sa...

Cerita kedai kopi #1. lebih pakar dari pakar

Aku jarang singgah kedai kopi. Dua kedai kopi yang ada kat kampung aku tu pun sekali sekala adalah aku singgah. Kalau yang jauh tu lagilah jauh hati untuk disinggah, lainlah kalau member yang ajak. Kalau keseorangan aku jadi kekok untuk masuk. Seperti biasa kalau dah singgah kedai kopi kat kampung ni macam-macam cerita yang ada. Yang tengah heboh sekarang ni pasal MH370 hilang. kat kedai kopi ni pun tak sunyi juga pasal isu ni.Lagi hebat pelbagai andaian dibuat.. pelbagai spekulasi yang muncul. orang itu bawa cerita itu orang ini bawa cerita ini... hebat..hebat. Penduduk kampung aku dah pandai dah jadi pakar dari pakar. Ada yang kata kapal tu ada kat situ..situ..situ. Lagi hebat bila ada yang kata bunian dah sembunyikan. Bila ada yang tanya pendapat aku.... nantilah akan disingkapkan juga satu masa nanti. Ada yang tak puas hati jawaban aku. Bila aku cakap tak tahu baru dia orang senyum.

Hasil dari hobi #3

  Inilah hasilnya setelah dicabut kangkung itu... selepas diberi kepada jiran kiri dan kanan iaitu rumah emak aku dan emak sedara.. nak dimakan kesemuanya tak habis..maka baki yang ada selepas diikat.. dibuat samah-samah (RM0.50) seikat. dapatlah sebanyak 13 ikat... kalau dikira RM6.50. Lepaslah sekilo ikan selayang untuk hari ini. Dibatas, masih ada lagi kangkung berbatang kecil.. taruh baja nanti seminggu lagi siap sedialah untuk dituai.

Ada peningkatan

  Aku jarang menyemak ranking blog... tetiba teringin semak dan terkejut sedikit. Alhamdulillah semakin mengecil angka tu berbanding dahulu.. semak DISINI . Ini kedudukan pada hari ini 15 mac 2014. In Sha Allah sekiranya aku konsisten dalam berblog rasa-rasanya akan mengecil lagi angka tu...  dan yang lebih penting, kunjungan dari rakan-rakan blogger

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Aku berasal dari Terengganu... anda pula dari negeri mana? Jom klik untuk join

Hasil dari hobi#2

  Hobi aku tidak boleh lari dari berkebun... disebabkan tiada ruang yang luas. Ruang yang sempit dibelakang rumah aku gunakan untuk menanam kamgkung dan hasilnya... Isteri sudah boleh cabut.... goreng kicap... sayur air dan dicampur dalam bihun goreng...