Hari ini pokcik menerima undangan makan-makan di kelas pra sekolah tempat pokcik berkerja sebagai tukang sapu.. Undangan ini adalah sempena Sambutan harijadi murid pra yang disambut secara serentak bagi bulan April - Julai tahun ini. Sampai disana sudah ada beberapa rakan guru yang sedang menjamu selera Tepat jam 10 pagi, Pokcik melangkah masuk ke kelas prasekolah. Dinding dihias meriah dengan belon dan kertas warna-warni. Lagu kanak-kanak berkumandang perlahan. Di tengah kelas, seorang anak kecil tersenyum lebar, memakai mahkota kertas dan baju istimewa. Matanya bersinar bila nampak Pokcik datang. “Terima kasih Pokcik sebab datang,” katanya sambil hulurkan sekeping kek coklat di atas pinggan kertas. Pokcik duduk sebentar, menikmati kek, mendengar gelak tawa budak-budak kecil menyanyi lagu hari jadi. Hatinya tenang. Dalam dunia yang sering terburu-buru, momen k ecil seperti ini mengingatkan kita tentang nilai kemanusiaan dan kasih sayang yang tak memandang pangkat atau jawatan. Bukan ...