Langkau ke kandungan utama

Mini Tiller Ogawa OLT580 - memudahkan kerja-kerja berkebun

 

Beberapa bulan yang lalu pokcik ada beli mesin pengembur tanah/Mini tiller jenama Ogawa OLT580. Pokcik pun ada bercerita tentang Unboxing mesin ni DISINI, lepas unboxing tu memang tak boleh guna pun mesin tu, rotor tidak berputar... 

Kecewa pokcik, mana tidaknya beli ratus ratus, hampir tiga bulan pokcik tidak menyentuhnya.. kerja buat mengembur tanah semuanya pokcik lakukan secara manual.. semuanya pakai cangkul. Penat cukup penat, betul-betul berpeluh..  nak disiapkan satu batas hampir sepuluh kali berhenti, paling-paling panjang pun tujuh meter lebar satu meter lebih kurang..

Dua hari lepas tergerak hati pokcik untuk melihat dan memeriksa kembali, macam tikus tengok besi, Pokcik ni bukan pandai pun baiki mesin-mesin ni.. memang tiada ilmu pun. pokcik ambil spanar  buka situ bukan sini, ambil skrew pasangkan kembali kat tempat asal. Sudah pasang balik pokcik hidupkan enjin.. berfungsi baik tapi rotor tetap tidak berfungsi.. kecewa rasa hati.. terduduk pokcik.. tiba-tiba terpandang satu skrew berada diatas tanah.. alahai kat mana pula nak letak skrew ni... rupa-rupanya ada satu skrew yang pokcik lupa nak letak dekat tempatnya..

Siap pasangkan skrew pokcik hidupkan balik enjinnya tapi rotor masih tidak berfungsi. Rasa kecewa rasa nak marah bercampur, pokcik dah nekad kali ni aku campak je mesin ni dalam api dan beli saja yang baru ... baru puas hati... pokcik matikan enjin dan terus hantuk mesin tu dekat pokok dokong kena pada mata bajak dan pokcik tinggal kat situ je mesin tu..

lebih kurang sepuluh minit, bila kemarahan dan reda sedikit pokcik datang balik dan hidupkan enjin terus tekan throttle,.. terasa seperti hendak melompat gembira pokcik bila rotor tiba-tiba berputar dengan elok.. nasib baiklah tadi tidak dicampakkan ke dalam api tempat pembakaran sampah..

Sehari dua ni mood berkebun pokcik kembali, gembur tanah buat batas untuk tanam kangkong, bayam sawi.. pendek kata tanah menjadi lebih halus dan mempercepatkan kerja buat pokcik...

Nasihat pokcik... kalau jentera atau mesin anda ada masalah boleh pakai ilmu pokcik..🤣😂





Ulasan

Warisan Petani berkata…
Alhamdulillah
memudahkan kerja2 bertani
PeRdU cINta berkata…
Alhamdulillah. Tahu dia takut nak kena humban dalam api dunia..haaaaa. Syukur kerja jadi lebih mudah.
Wak Lat berkata…
alhamdulillah tu mesin dah berfungsi dgn baik., ;p

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..