Selasa, 5 November 2019

Kubung


Gambar Kubung ini pokcik rakamkan petang semalam. Sebelum hujan mencura-curah turun membasahi tanah kampung halaman pokcik. Bergayut tinggi nun dihujung pokok nangka dihadapan rumah jiran.

Sudah agak sukar untuk melihat keberadaannya dikawasan kampung kini berbanding sewaktu pokcik kanak-kanak. Sudah dikategorikan sebagai spesis hampir pupus dan terancam dan dilindungi dibawah akta hidupan liar. Kubung ini merupakan seekor kubung betina. Ada seekor anak yang berlindung dan bergantung diperut. Cuma pokcik tidak dapat merakam gambarnya.

Kubung (Malayan flying Lemur) ialah salah satu daripada haiwan colugo, yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Cynocephalus variegatus.[1][2] Terdapat satu lagi spesies iaitu Kubung Filipina - Cynocephalus volans yang hanya terdapat di Filipina.
Sungguhpun nama Inggeris Kubung adalah The Malayan Flying Lemur ia bukannya lemur dan tidak terbang. Sebaliknya, ia meluncur ketika melompat antara pokok. Ia sepenuhnya arboreal, dan aktif pada waktu malam, dan makan tumbuhan lembut seperti daun muda, pucuk, bunga dan buah. Selepas bunting dalam tempoh 60-hari, seekor anak dibawa pada perut ibu dipegang oleh membren kulit yang besar. (Sumber : Wikipedia)



3 ulasan:

Mrs. A berkata...

waaa.... dah lama Mrs. A tak tengok kubong ni...
Pernah gak jumpa kat kampung dulu-dulu.
Panjangnya mucung macam kubung ehh!

Warisan Petani berkata...

Dah lama tak nampak natang ni

Normala Saad berkata...

Besar nampaknya kubung ni.