Raya tahun ini menjadi tidak meriah bagi diri pokcik. Mana tidaknya bila tidak dapat menyambutnya dengan baik, hanya terjelepok diatas tilam. Semuanya adalah kerana alahan pada makanan dan minuman. Pada malam raya pokcik minum susu asli. Terlupa diri ini alahan pada benda tu.
Sedar dipagi raya kepala terasa berat, perut pula terasa sebu dan kawasan dada dan belikat terasa macam penuh angin dengan kepala pula terasa berdenyut dan sakit. Pokcik kena uluran angin yang telah lama pokcik tidak pernah kena seteruk ini. Tiga hari tidak dapat buang air besar.
Kali pertama dalam hidup tidak dapat menunaikan solat sunat aidilfitri, serasa tidak sempurna raya bagi tahun ini. Petang raya keempat barulah keadaan pokcik kembali seperti biasa.
3 ulasan:
Allahu..pasti semuanya berhikmah Pokcik..asalkan Pokcik dah kembali pulih itu satu nikmat..alhamdulillah.
ada hikmahnya pokcik. semoga cepat sembuh la
selamat hari raya
Moga cepat sembuh pokcik...slm lebaran ya...done follow
Catat Ulasan