Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

Diari 2019

Diari 2019 dah dapat ... dan diari 2018 akan ditutup tidak beberapa jam lagi.. Segala catatan dan kerja buat ada yang ditulis dan ada yang tidak tertulis. Begitulah kita manusia ini lemah dan sentiasa terlupa tetapi segala amal ibadat, segala kebaikan dan kejahatan kita tidak sedikit pun tertinggal. Segalanya tercatat dikiri dan kanan kita. Diari tahun 2019 dah dapat ... azam sedikit pun tidak berubah, seperti tahun-tahun yang lalu dan sudah semestinya akan disertai dengan segala penambahbaikan.  Diari tahun 2019 dah dapat.....  Semoga kita semua akan sentiasa memperbaiki diri kita setiap tahun. Agar tahun 2019 akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Jantung Pisang Goreng

Siang tadi pokcik terfikir hendak makan apa. Lauk apa, ulam apa sebagi pembuka selera ini. Bermacam macam dah makan tapi lagi sedap selera kampung. Fikir punya fikir pokcik pergi belakang rumah, tengok banyak jantung pisang yang bergetayangan.  Terlintas dihati hendak digoreng sahaja jantung ini. Tidak ingin dibuat teresek kerana teresek itu memerlukan santan. Hanya resepi ringkas. Pokcik ambil tiga jantung ini unturk digoreng sahaja. Jantung pisang selepas dikupas tinggal yang dalam.. yang lembut sedikit. Jantung pisang dihiris halus dan direndam dengan air garam bagi menghilangkan rasa kelatnya Yang ni hah, tunisannya.. ringkas cili kering, bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar Sewaktu menumis ni barulah pokcik masukan gula garam secukup rasa dan sedikit perisa. Hampir separuh masak dah ni Bila air dia dah kering bolehlah diangkat dan sedia untuk dimakan. Resepi ni ikut selera pokcik bagi mereka yang lagi kreatif bole...

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

Tanda sokongan kepada rakan blogger pokcik join segmen ni,.. jom pakat sertai sama .. klik ba 

Novel yang sedang dibaca #7 - Ummu Sibyan

Dalam proses menghabiskan bacaan novel Ummu Sibyan... Berbanding dengan novel lain, pembacaan novbel ini agak perlahan. Mungkin mood pembacaan pokcik tidak selancar  dahulu..  Mood pembacaan ke laut disebabkan kerja-kerja yang banyak.. Pokcik pun tidak ingin memberi ulasan berkaitan sinopsis ini kerana pembacaan belum berakhir.. 

Gambar Hari Rabu #51 - Kuih Talam Tokyo

Pagi tadi ada sahabat yang bawak kat sekolah...  kita orang kongsi makan ramai-ramai. Katanya Kuih Talam Tokyo.. Ntah apa nye yang Tokyo nya. Tak nampak macam dari Jepun pun.. 

Novel yang sedang dibaca #6- Bulan tulisan Tere Liye

Pokcik pernah membaca beberapa buah buku novel hasil karya dari novelis dari tanah seberang, Indonesia. Antara novel dengan nama besar dari tanah seberang yang pernah dibaca seperti novel Keluarga Gerilya tulisan Pramoedya Ananta Toer, Laskar Pelangi (Andrea Hirata), Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Hamka), Bumi Cinta dan Ayat-Ayat Cinta (Habiburrahman El-Shirazy) dan Supernova (Dee Lestari). Kali ini pokcik berkesempatan pula membaca novel karya Tere Liye. Kali pertama rasanya. Pernah mendengar namanya kerana beliau juga merupakan satu nama besar ditanah seberang... Hasil karyanya juga tidak kurang hebat.. Namanya Seli, usianya 15 tahun, kelas sepuluh. Dia sama seperti remaja yang lain. Menyukai hal yang sama, mendengarkan lagu-lagu yang sama, pergi ke gerai fast food, menonton serial drama, film, dan hal-hal yang disukai remaja. Tetapi ada sebuah rahasia kecil Seli yang tidak pernah diketahui siapa pun. Sesuatu yang dia simpan sendiri sejak kecil. Sesuatu yang mena...

Giveaway The Berkat Di Mialiana.com

The Berkat ( theberkat.com ) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40. Siapa itu golongan B40? Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan. Kenapa bantu B40? Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus. Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris , tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM , permohonan SBP , permohonan MRSM serta permohonan UPU . Di dalam pekerjaan pula, perkongsiannya seperti tips temuduga , contoh resume terbaik , cara buat resume , kerja sambilan di rumah , kerja part time di rumah dan contoh surat berhenti kerja . Sekadar berkongsi perkara-perkara yang ...

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan. Klik sini untuk JOIN . Segment ini berakhir pada 31/12/2018 11.59 Malam.

Minyak gonggang - cerita bermulanya

Bila pokcik kata pokcik ada produk untuk dijual pada kawan-kawan mereka seakan tersenyum sinis memandang. Ya la dunia sekarang semua orang akan mengeluarkan produk sendiri bila ada ratus ribu atau pun jutaan. Lagi pula bila pokcik kata produk pokcik ni adalah ubatan herba lagilah mereka tersenyum sungging. Betul pun kalau mereka tersenyum atau memandang pelik pada pokcik ni.. mereka kenal pokcik. Pokcik ni bukannya ada duit juta-juta untuk keluarkan produk. Pokcik terang pada mereka yang produk pokcik ni adalah warisan turun temurun dari datuk moyang pokcik lagi. Pokcik cerita kat mereka bahawa produk pokcik ni hanyalah untuk kegunaan luaran sahaja yakni untuk sapuan pada kulit. Untuk luka, gatal, terkena minyak panas atau air panas, terkena gigitan semut dan nyamuk serta boleh juga dibuat berurut. Mereka kata ingin mencuba.. ayat awalnya seperti menganjing pokcik. Bila mereka dah cuba dan merasa keberkesanannya, mereka kata kenapa tak jual secara meluas... perbanyakkan la...

Gambar hari Rabu #50 - Berbengkel dan bermesyuarat

Bersama rakan-rakan sejawatan di daerah Besut.. hari ini kami berbengkel dan bermesyuarat.

Segmen Bloglist "THE LITTLE FELLA'S "

Dah lama pokcik tidak menyertai mana-mana segmen atau giveaway. Jadi kali ini bila ada rakan blogger yang menganjurkannya... pokcik join je lah.. kalau nak join bolehlah tekan banner atas tu.. jom, meriahkan..

Hari Ke 3

Hari ini sudah masuk hari ketiga usaha-usaha mencari seorang remaja lelaki yang lemas semasa memancing. Mengikut maklumat yang diketahui pencarian kini merangkumi sejauh lima kilometer dari tempat mangsa mula-mula dibawa arus air. Pencarian ini melibatkan pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM, Polis dan dibantu oleh orang-orang kampung. Mangsa,  remaja lelaki berusia 13 tahun dikatakan bersama adiknya telah pergi keatas batu yang berada ditengah sungai untuk memancing. Sebelum itu dikatakan paras sungai cetek dan hanya ada aliran disebelah batu sana (Lihat gambar). Kemudian mangsa dan adiknya menyedari akan kedatangan kepala air. Mangsa pada asalnya sempat kembali keatas tebing sungai tetapi berpatah balik untuk mengambil joran pancing diatas batu sebelum dirempuh arus kedua yang lebih deras. Keadaan itu sempat diperhatikan oleh dua orang dewasa yang berada berhampiran dengan cuba mencampak sebatang buluh kepada mangsa tetapi tidak dapat dicapai kerana arus ya...

Temujanji berjumpa doktor

Kredit Gambar Pagi tadi pokcik jumpa doktor, ceritanya tetap sama. Bila dah usia makin meningkat beginilah jadinya. Dua bulan sekali periksa tekanan darah. Keputusan tadi baik tekanan darah pokcik 137/87. Misi yang ambil tekanan darah tadi kata darah pokcik ok je, Biasanya dicatat dengan pen merah pada kad rawatan tapi hari ini dapat pen hitam. Tekanan darah dah ok tapi kenapa kepala tetap rasa macam hanyut je bukannya pening. Rasa tegang kat atas kat kepala. Kata doktor mungkin kolestrol pokcik tinggi walaupun ubat dah makan. Itulah kan makan ikut sedap, malas bersenam. Lepas ni kena buat aktiviti yang mengeluarkan peluh biar lencun satu badan.

Novel yang sedang dibaca #5 - Pocong Balik Rumah

Pocong Balik Rumah . Novel ni dah agak lama pokcik beli, tapi belum sempat untuk membaca. Apa yang menyebabkan ianya tidak dibaca lalu terus mengisi almari buku dirumah, ialah pembeliannya bersama buku-buku agama dan motivasi. Memmulakan bacaan dengan buku motivasi dan agama lalu terus buku novel ini terabai didalam almari.  Baru sehari dua ini buku ini diambil untuk bacaan.. Apa yang boleh dikatakan buku ini menarik.. santai dibaca.. Sinopsisnya Sebuah kampung yang dulunya aman dan damai tiba-tiba menjadi kalut dan kelam-kabut. Semuanya berpunca dari satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Kemunculan pocong secara tiba-tiba membuatkan ramai orang kampung yang diganggu. Sudahnya, orang-orang kampung mula tidak berani keluar rumah. Kematian Cikgu Hussein dikaitkan dengan kemunculan pocong itu. Arwah dituduh orang kampung ‘membela’, menyebabkan hantu belaan itu mula mencari tuan baru setelah kematiannya. Malah pocong yang merayau-rayau itu juga merayu-rayu apabi...