Semalam pokcik balik ke rumah mertua di Setiu. Sekadar menjenguk dan bertanya khabar walaupun sekejap dengan membawa sedikit bekal untuk mereka berbuka puasa. Bila terpandang pada sepohon kelapa yang buah mudanya ada beberapa tangkai. Teringin hati untuk berbuka puasa dengan air kelapa.
Sebatang galah dibelakang rumah mertua digunakan, galah buluh panjang terasa amat berat diangkat. Baru dapat empat biji terasa penatnya, mungkin kekurangan stamina. Melihatkan pokcik terkial-kial mengangkat galah yang panjang, adik ipar pokcik datang membantu.
Alhamdulillah dengan bantuanadik ipar dua tandan kelapa muda dan beberapa biji lagi yang tua tapi masih berkulit hijau dapat digugurkan. Buah tua tapi masih hijau ni pokcik cadang nak buat kuih. Bini pokcik yang akan buatnya, mana pandai pokcik nak buat kuih kalau lauk pauk tu ok juga . Reti ler juga pokcik masaknya.
3 ulasan:
Segarnya minum air kelapa muda.
Selamat berpuasa pokcik.
Tahun sebelumnya air kelaoa memang menjadi pilihan. Kalau tak dak air ni tak sah rasa. Tapi tahun ni dah tak rasa tak mahu pula.
terbaek.. air kelapa fresh :)
Catat Ulasan