Hari ini pokcik cuti kerana menemani isteri ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan bagi menjalani pembedahan kecil dipergelangan tangannya. Bagi membaiki susunatur semula sendi.
Sepatutnya, waktu entri ini ditulis isteri pokcik telah selesai pembedahan kerana dia merupakan pesakit pertama yang menjalani pembedahan pada hari ini tapi disebabkan masalah jalan yang sesak dipagi hari terlewat sampailah kami kesini dan terpaksa menunggu sesi seterusnya.
Dari rumah pokcik dh Besut,Terengganu ke Kota Bharu biasanya kalau jalan tidak jen paling tidak dalam empat puluh lima minit atau or sejak jugaklah tapi tadi hampir sejam setengah hari sampai.... Apa-apa pun semoga isteri pokcik dipermudahkan urusan kali ini.
1 ulasan:
semoga isteri pokcik berada dalam keaddan yang sihat dan moga segala urusan dipermudahkan. Amin.
Catat Ulasan