Semalam pokcik menerima panggilan dari sahabat sejawatan pokcik yang bertanya tentang ubi jari buaya. Ada dan memang ada cuma ubi yang telah kering tu sudah habis dalam simpanan pokcik.
Memandangkan sudah ada isi ubi ini yang telah matang dikebun dan sesuai untuk jadikan sebagai ubat, petang semalam juga pokcik gali. Ubi yang digali dibersihkan dan dihiris seperti asam keping dan jemur panas dalam sehari dua.
Dua keping hirisan ubi ini dimasukkan kedalam gelas yang mengandungi air panas. Kata sahabat pokcik, suaminya ada masalah jantung dan sudah biasa minum air rebusan ubi ini. Katanya lagi ada sedikit perubahan bila diamalkan meminum air rebusan ubi ini.
Dua anak pokok ubi jari buaya ini baru saja pokcik pindah ke pasu..yang ni pun untuk atas permintaan sahabat pokcik. Setakat ini pokcik sedang berusaha untuk memperbanyakkan lagi tanaman ubi ini. Pokok ubi jari buaya ini mudah tumbuh tapi untuk mendapatkan isi ubi yang matang perlukan masa sehingga enam bulan itu antara satu tongkol atau ke tiga tongkol isi bagi satu-satu pokok.
5 ulasan:
Menarik ni
Macam tak pernah tenguk ubi jari buaya ni.
kalau pisang jari buaya biasalah.
Salam..pokcok jual ke pokok ubi tu...
atas permintaan rakan-rakan pokcik juallah pokok ini..
Baru 1st time tgok ..
Salam. Di mana ya saya boleh dapatkan ubi jari buaya ni?
Catat Ulasan