Pantai Tok Bali. Kalau dahulu, waktu bujang 20 tahun yang lalu. Tok Bali merupakan destinasi wajib bagi pokcik dan rakan-rakan pancingan pokcik kesini. Ikan-ikan siakap yang dipancing disini sememangnya tidak menghampakan dengan saiz 1kg keatas menyebabkan pokcik dan rakan-rakan sentiasa kesini. Sungainya dan kualanya menjadi medan pancingan kami.
Sudah menjadi resam kaki pancing, berpanas dan berhujan disini tidak kami kisahkan sangat. Semangat memancing cukup tinggi.. walaupun hasilnya kadang-kadang ada kadang-kadang balik tangan kosong
Bukan sahaja sebagai tempat memancing popular, kecantikan muara sungainya sentiasa mengamit pokcik dan pelancong-pelancong tempatan kesini.
2 ulasan:
Pokcik cantiknya tempat ni !
subhanallah cantiknya lah !!
Catat Ulasan