Hasil dari Hobi #10 - Pegaga


Pagi tadi adik aku membawa balik pegaga buangan dari pasar tani yang mana daunnya telah reput. Memandangkan adik aku sememangnya mengetahui minat aku pada hobi berkebun... Pegaga yang rosak aku kerat dan buang daunnya.. hanya bahagian akar sahaja aku tanamkan didalam polibag.

Pegaga ini merupakan satu ulaman yanng amat aku gemari dan kadang-kadang saya jadikan jus minuman. Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan ditanam.


Antara khasiat lain pegaga adalah: (sumber rujukan Wikipedia)

penawar alahan
merawat asthma dan sesak nafas
merawat jangkitan paru-paru
merawat kegusaran dan kegigilan
anti kanser
melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
penawar batu karang
penawar kencing berdarah
penawar ulser
merangsang peredaran darah
merawat cirit birit dan gastrik
menurunkan tekanan darah

Majlis Ambang Kemerdekaan



Salam Kemerdekaan.... Disini lahirnnya sebuah cinta. Sebagai rakyat Malaysia aku turut merasakan bahang sambutann kemerdekaan. 

Semalam berlangsungnya majlis BBQ anjuran Belia kampung aku sempena sambutan kemerdekaan.. jadi aku bersama rakan otai datang bagi memeriahkan majlis ini..

Walaupun sambutan ala kadar... boleh dikira meriah juga dengan kehadiran pelbagai peringkat umur dari kecil sampailah tua.... diadakan secara sanntai, lepak-lepak sambil menikmati ikan bakar dan ayam bakar .... last sekali adalah sikit pertunjukan bunga api


Apa masalah ni?...


Apa masalah ni dengan Celcom..... henset aku punya pasal dari pukul tiga petang kelmarin lagi tidak dapat berfungsi... cuba call out tak dapat minta anak sedara call pun tak masuk... tiada dalam perkhidmatan. Bila aku cuba taip *122# atau *124#... keluar pulak ayat "Tidak didaftarkan pada rangkaian"... 

Nombor 1Malaysia ni dah enam bulan aku pakai... tak dapat berfungsi.... susahlah kalu begini... henset ni aku guna sebagai wifi hotspot, ini bermakna selama ini aku berblog pakai hensetlah... Apahal pulak CELCOM ni ... kena beli nombor baru pulak ke ni...

Iklan Merdeka Petronas


Aku sentiasa menantikan iklan dari Petronas bagi setiap musim perayaan tidak kisah apa jua perayaan.... kebiasaannya iklan petronas cukup sarat dengan emosi dan pengajaran..

Mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang pernah negara kita kecapi... Dimana kita bermula kerana disini lahirnya sebuah cinta...


Mini Merdeka Giveaway

http://stupidity-zone.blogspot.com/2014/08/mini-merdeka-giveaway.html?m=0 

Aku nak ajak kalian sahabat-sahabat join
Mini Merdeka Giveaway...
Jomlah pakat tekan banner tu

Disini lahirnya sebuah cinta

Pagi tadi SK LKTP Tenanng mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Walaupun majlis yang diadakan sederhana tetapi ianya tetap meriah.. Bukan setakat anak-anak murid sahaja yang bersemangat cikgu-cikgu pun tetap bersemangat menyambutnya...



Majlis pagi tadi dimulai oleh Guru Besar melancarkann Majlis dengan acara memotong riben sebagai simbolik Pelancarann Majlis Sambutan dan selepas itu pelajar berbasikal mengelilingi perkampungan Felda Tenang


Majlis sambutan diakhiri dengan acara dewan iaitu majlis penyampaian hadiah bagi kategori Kelas tercantik, Basikal tercanti dan kuiz spontan.


Kerana disini lahirnya sebuah cinta


Menang Contest Miss Fatyn


Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog.

Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Meja Kerja #12 - Nikon D600


Hari ini aku cuba bermain-main dengan Nikon D600 dengan  Sigma 35mm f/1.4 DG HSM A1.. fuuh.. aku cukup puas hati dengan kualiti gambar.. boleh tengok gambar bawah


Inilah hasilnya bila aku guna D600 bersama dengan lens Sigma 35mm f/1.4 DG HSM A1... fuuh .. sungguh puas hati kualiti gambarnya.

"Saya Takut" Contest - Miss Fatyn

Alahai aku ditag oleh Miss Fatyn untuk segmen beliau "Saya Takut"... Dalam bab-bab takut ni rasanya kalau bab takut hantu memang aku tak takut... sebabnya masa muda dulu hantu raya, hantu pari atau hantu galah.. rasa-rasa pernah jumpa...semua tu hanya sekadar untuk menguji perasaan.

Aku nak ceritalah sikitkan boleh ye... waktu remaja aku dan boleh dikatakan banyak waktu dihabiskan didalam hutan.. sehingga aku mengemari aktiviti jungle trekking dan daki gunung dan acapkali menjadi jurupandu arah bagi aktiviti di Gunung Tebu..

Sedikit sebanyak kemahiran alam hutan yang aku miliki itu menyebabkan aku dan rakan aku banyak menganjurkan aktiviti jungle trekking dan rentas sempadan hutan termasuklah aktiviti mendaki Gunung Tahan..

Aktiviti yang pertama aku lakukan bersama rakan ialah XPDC Jejak Mat Kilau dari Pasir Raja Hulu Terengganu ke Kampung Bantal, Hulu Tembeling, Pahang (Boleh Baca SINI) dan Aktiviti rentas sempadan kedua pula dan agak mencabar ialah Jejak Mat Kilau Siri 2 Laluan Sungai Terenggan Tasik Kenyir ke Hulu Tembeling Pahang (Baca SINI). Kesemua program ini melibatkan pelajar sekolah menengah...


Apabila ada rakan yang bertanya, tak takut ke bermain di dalam hutan... bukankah banyak binatang buas... Jawapan aku ialah aku tidak takut binatang buas atau hantu tapi apa yang amat menakutkan aku ialah binatang berbisa seperti lipan, tebuan, kala jengking dan tentu sekali ialah ular berbisa.. cuba bayangkan sekiranya kita melakukan jungle trekking yang melibatkan jarak perjalanan di dalam hutan yang memakan masa dua tiga empat hari... kita bermalam dan berkhemah.. bangun pagi-pagi terus menyarung kasut tanpa memeriksa apa yang ada didalam kasut itu.. tiba-tiba ular kapak sebesar jari kelingking yang berada di dalam tu terus mematuk kaki.... jarak untuk ke hospital memakan masa dua tiga hari, sedangkan bisa ular hanya mengambil masa paling lama pun tentulah dalam lingkungan lima belas minit... tiada apa yang mampu menolong kita lagikan..


Apa yang aku nak ceritakan ini ada kaitan dengan pokok pulai besar didalam gambar atas tu.. aku mulakan cerita. (Ini Cerita Benar)

Hari yang dijanjikan tiba... aku bersama adik (Berbaju biru) anak sedara (berbaju hitam) dua rakan sekampung telah bertolak dengan lima buah motorsikal untuk ke Lata Kerian untuk tujuan mandi manda dan menyelam mencari ikan. Selama 30 minit bermotorsikal melalui jalan ladang kelapa sawit adik aku terpandang sebatang pokok pulai besar yang menyerupai pokok di dalam filem Avatar (itu katanya) dan minta kami singgah bila pulang nanti untuk bergambar. Lebih kurang lima belas minit kemudian kami sampai disempadan hutan simpan dan terus memarkir motor untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki selama empat puluh lima minit kemudian.


Perjalanan yang menyusuri hutan dan sungai dengan batu batan besar sungguh memenatkan tapi keindahan alam flora dan fauna serta suasana yang dingin cukup menyegarkan. Lebih kurang tiga jam berada disini akhirnya kami mengambil keputusan untuk bertolak pulang


Dalam perjalanan pulang kami semua singgahlah di pokok pulai besar sebagaimana yang telah dijanjikan untuk bergambar... selesai sesi bergambar aku terus mengelilingi pokok ini untuk memeriksa.. tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu berdesis adik aku dan rakan-rakan terus lari. Aku yang paling hampir cuba berundur dengan pantas tetapi kaki aku terpijak daun kelapa sawit yang licin lalu terus terjatuh... Allahhuakhbar aku tiada daya tiada upaya apabila tedung selar sebesar lengan tegak berdiri hanya beberapa kaki sahaja dengan kepala mengembang bersedia untuk menyerang aku....aku seperti seakan nyawa sudah berada dihujung tanduk...

Adik aku dan rakan-rakan datang cuba menghampiri untuk menolong tapi aku tidak membenarkan mereka bertindak kerana ianya akan mengeruhkan lagi suasana .. Apa yang penting waktu ini aku tidak harus panik.. Desisan dan jeliran ular cukup menakutkan hati... jantung aku waktu ini cukup laju berdenyut.. aku yang terduduk tidak dapat bergerak hanya mata bertentang.... aku tahu waktu ular mengembangkan kepala pandangannya kurang jelas tapi gerakkannya cukup pantas...

Sedikit panduan serta petua dan ayat-ayat yang aku pelajari dari arwah datuk tentang alam hutan aku cuba praktikkan. Dalam aku berdoa memohon keselamatan dari Allah azzawajala tiba-tiba tedung selar tadi menguncupkan kembang kepala tadi serta merendahkan badan terus lari dan memanjat batang pokok pulai. Betapa bersyukurnya aku kerana aku telah terhindar dari gerah yang mendatang... Hampir sepuluh minit selepas itu aku terus terduduk kerana tidak mampu berdiri kerana terkejut.

Barulah selepas itu aku ketahui yang pokok itu merupakan sarang ular tadi.

Nota..
Kesemua link itu merupakan blog lama  aku yang tidak dapat diakses...


Segmen Mrs. Mustache Bloglist

http://cicaktersepit.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-mrs-mustache.html

Aku ditag.. alahai kena joinlah ni.. 
dan siapalah tiga orang yang akan jadi mangsa tag aku pulak

kadang kadang rasa macam nak berhenti ketja


Hari ni masuk hari kedua taklimat pelaksanaan eSPKWS bagi sekolah sekolah zon Hulu Besut... memang tiap tiap kali bengkel atau taklimat berkaitan dengan e sahaja aku cukup tak suka...
Tetiba je rasa pening... pergi klinik periksa tekanan darah ... tinggi sikit..141/90.. patut pun pening... stress sikit

Sejak rasa diri ni makin tua.. nak fikir banyak pun rasa cam lain je... mood ke laut... tu yang kadang rasa nak pencen awal. Rasa nak berhenti kerja...

Bila fikir balik.. mana aku nak cari duit untuk perbelanjaan itu ini tiap tiap bulan... lainlah kalau pendapatan lain tu dah cecah lebih dari gaji aku... gerenti aku berhenti... seronok je lepak rumah dapat duit.

Kiosk wafer yang bini aku uruskan tu... bolehlah sekadar untuk mencukupkan lagi perbelanjaan bulanan kami...

Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan



SEGMEN: Kami sayang MALAYSIA by kapas putih

http://kapas-putih.blogspot.com/2014/08/segmen-kami-sayang-malaysia-by-kapas.html 
Jom kita pakat meriahkan segmen ni...
tekan banner atas tu
pastu tepek gambar macam yang kat bawah tu
tak sama tak pe janji ada cerita 



 

1Malaysia

Soopa doopa - aku pun teringin nak main

Sungguh aku kata... memang aku pun teringin nak main benda ni.. nak main macam anak aku atau macam kanak-kanak kecil yang lain... nak gelongsor dari atas sampai bawah... nak lompat-lompat dan soark macam kanak kanak yang lain juga. Nasib baiklah mak bapak macam aku ni tak dibenarkan main, kalau tidak aku gerenti anak-anak akan berputih mata tengok mak bapak dia main lompat-lompat...

Sebenarnya masa aku kecil dulu tiada permainan macam ni... untung anak-anak sekarang... yang tak berapa untuknya mak bapak... main sikit dah kena bayar...masa aku kecil dulu mana ada main kena bayar..


Kanak-kanak yang ingin masuk dan bermain dikenakan bayaran RM10 seorang dan mainlah sepuasnya tiada had masa... bagi mak bapak yang ingin masuk tengok anak dia main dikenakan bayaran sebanyak RM5 dan duduklah tengok anak main puas-puas tapi tak boleh main... dan hari tu adalah juga bapak pada anak-anak yang cuba merasa main benda ni...... akulah tu, kempunan sungguh...


Dia tetap nak dokong itu



Pokok dokong belakang rumah kami dah mula hampir masak... bini aku dan anak-anak dah tak sabar merasa. Lebih lebih lagi anak perempuan bongsu sorang ni...

Walaupun dah banyak kali aku jelaskan kat dia yang dokong tu belum cukup masak... masih rasa kelat lagi tapi dia yetap nak cuba... nak tak nak mama dia terpaksa ambilkan sebiji dua. Lepas rasa barulah dia percaya.. kan dah cakap buah tu kelat..

Sabarlah.... tunggu seminggu lagi...


Hasil dari hobi #9 - tanam di sekolah


Kali ini projek tanam lada dan tomato dalam polibeg tidak terhenti sekitar rumah saja...

Semalam aku bawa lima polibeg pokok lada dan lima polibeg pokok tomato... minta pak guard tanam tepi keliling pondok jaga... ganti pokok bunga... ada hasilnya juga nanti yang dapat dikutip nanti..

Beberapa hari lepas ada rakan guru yang dapat dua polibeg sama ada tomato atau pun lada untuk mereka bawa balik.. semuanya free aku bagi..

Dan lepas ni aku cadang nak jual, tiada yang free lagi... tapi ada juga rakan guru yang minta anak pokok limau kasturi dan limau nipis... waah... kira-kira ni aku bercadang nak jadi penjual anak pokok pula... pakcik koya kayo gitu...

Segmen Raya 2014 By Bella Din


Jom sama-sama kita meriahkan ..
klik banner

Meja Kerja #11 - Pizza untuk aku


Inilah makanan aku untuk tengah hari ini... Pizza... bukan dibeli tapi ini adalah hasil tangan Mr. Yusri rakan guru disini... hari ini dia menjadi sifu kepada rakan-rakan guru yang lain bermula dari menguli tepung sampailah  selesai semuanya.... semua peralatan memasak dibawa dari rumah beliau sendiri... Mr Yusri ni kalau bab masak-memasak memang hebat.

Tempiasnya hari ini sampai juga ke atas meja kerja aku ... Alhamdulillah merasa jugak... komen aku boleh tahan... aku cadang kat dia tahun ni atau tahun depan masuk pertandingan masterchef kat Astro tu...


Hasil dari hobi #8 - Babi


Balik dari kerja tadi... lepas rehat sekejap aku terus pergi belakang rumah untuk melihat jagung yang ditanam hari tu...

Panas hati aku sebaik melihat anak jagung yang sudah seinci panjangnya habis dimusnahkan oleh babi... hari tu bukan main penat aku kerjakan kawasan oni sampai ke demam.. tup-tup hari ini dimusnahkan oleh babi..Tentu ada hikmahnya perkara ini terjadi

Belum pernah perkara ini terjadi... nak kata aku ni tinggal dipinggir hutan tebal.. tidak juga, hanya kawasan hutan pinggir kampung...nampaknya babi dah masuk kampung...

demam


Entri pendek dan ringkas... sedang melayan sakit kepala.. mata terasa pedih... urat saraf rasa macam lemau semacam... ni pasal ari tu aku kerja bukan main kuat tebas tebang kawasan semak belakang rumah untuk tanam jagung... hari dah sehari cuti... esok rasanya sehari lagi... dah lama tak demam

Hasil dari hobi #7 - berbuah semuanya

Alhamdulillah bila melihat semua tanaman yang ditanam mula berbuah, hati sendiri mula berbunga keriangan mana tidaknnya segala penat lelah selama ini mula mendatangkan hasil.
Bangun pagi tempat pertama yang dituju ialah kawasan keliling rumah... menjengok lada dan tomato...Beginilah aktiviti pagi terutama hari cuti...

Anak-anak pula cadangkan supaya ditanam jagung dikawasan yang aku tanam dengan kacang bendi hari tu.. maka hari ini bermula aktiviti membersih kawasan.... Penat memang penat tapi dah jadi hobi yang sihat lagi pun hasilnya nanti dapatlah dinikmati dengan anak-anak atau pun kalau banyak dijual

Tomato Ceri

Lada warna ungu

Lada putih

Lada burung

Lada solok


Yang ni aku tak tau jenis/nama dia tapi lada ni biasa dikeringkan

SEGMEN BLOGWALKING BY MOMMYLIZZ

http://www.mommylizz.com/2014/08/segmen-blogwalking-by-mommylizz.html 

 Syarat-syaratnya cukup ringkas...
kalau nak tahu klik banner tu...
pastu bolehlah kita jalan-jalan kat blog rakan-rakan

Undangan hari terbuka

Pagi tadi aku terima satu undangan dari guru prasekolah tempat aku bertugas.. undangan bagi majlis hari terbuka dan harijadi prasekolah... program bermula pada pukul 10.00 pagi..  

Yang mendapat undangan adalah guru-guru serta kakitangan sekolah serta ibu-ibu yang mana anak-anak dia orang berada dalam pra persekolahan.... banyak jugalah juadah yang disediakan







1st Giveaway by Melangkau Garisan with love



Giveaway ini berlangsung sehingga 13 September 2014

1. perfume bvlgari jasmine nor x 1 pemenang
2. babies blink biasa x 1 pemenang
3. face serum by SAVEE x 1 pemenang
4. pink urban tshirt x 1 pemenang

jom lah join giveaway ni

Alahai banyaknya ubat


Sepanjang aku dok ulang alik ke HUSM Kubang Kerian berjumpa dengan doktor pakar dan akhirnya kembali dirujuk sebagai pesakit luar di Hospital Jerteh, tak pernah aku dapat ubat yang sebanyak ini. Stok ni untuk dua bulan... 

kesemua ubat ni untuk gastrik dan yang satu tablet tu adalah vitamin saraf.... maklumlah kerja penat-penat kadangkala terasa sakit urat saraf... bila pergi berurut terasa makin sakit... kalau dah makin berumur ni pemeriksaan kesihatan kena buat.. ada juga rakan-rakan aku yang takut untuk lakukan pemeriksaan... katanya malas menyerabutkan kepala dok fikir keputusan. 

Alhamdulillah dari keputusan yang aku terima doktor kata dah ok... cuma untuk temujanji yang seterusnya pada 2 Disember nanti...ini semua adalah hasil dari aku menjaga pemakanan.

SEGMEN: Kapas Putih August Bloglist



http://kapas-putih.blogspot.com/2014/08/segmen-kapas-putih-august-bloglist.html


Jom pakat join ramai-ramai.... 
klik-klik banner

Hasil dari Hobi #6 - Penceroboh & perosak

Beberapa hari aku dok perhatikan pada tanaman yang aku tanam  dalam polibeg keliling rumah yang mana daun-daunnya menunjukkan tanda mula diserang oleh serangga perosak. Dua tiga hari juga dok perhatikan tetapi tidak jumpa...

Pagi tadi aku selongkar sekali lagi pada tumbuhan sayuran aku... akhirnya aku jumpa penceroboh-penceroboh ni. Nak bunuh dengan racun serangga aku tak mahu kerana aku kalau boleh tidak ingin menggunakan sebarang racun.... tanaman ini semua aku guna bahan organik... kena kutip satu-satu la ni... buang jauh-jauh... tup-tup aku kutip dan semua yang jumpa dan suruh anak aku pijak.... kalau dibiarkan semakin banyak tanaman yang rosak.



Serangga  atas tu aku temui di pokok kacang bendi.... serangga jenis ini suka berada diatas buah kacang bendi... aku tak tahulah apa kesan yang ditinggalkan tetapi yang pastinya ... buah bendi akan berbintik hitam kecil ataupun putih kecil.


Yang atas tu sebijik macam ladybug.... kecil dan berkulit keras.. suka bertenggek diatas pokok tomato ceri dan juga daun terung... kesannya daun seperti hangus kering dan berlubang



Gambar atas dan bawah ni merupakan spesis kumbang pinjal,.. kumbang ni aku temui diatas daun dan bunga rock melon. Hasil yang serangga ini tinggalkan .... daun rock melon berlubang

Satu lagi serangga perosak yang aku tidak jumpa pagi ini ialah kesing... biasannya dia akan datang bertenggek pada batang pokok lada bukan sekor tetapi memang banyak entah kenapalah pagi ini aku tak jumpa.... kesann dari serangga kesing ni batang pokok lada akan menjadi berkulat selepas itu daun akan menjadi layu dan mati akhirnnya dengan pokok-pokok sekali akan mati....

Untuk menncegahnya aku kutip dan aku musnahkan dengann cara membakarnnya.... sebabnya aku tak suka guna racun.