Langkau ke kandungan utama

Catatan

Gambar hari rabu #29 - sate ikan

Esok hari raya kat sekolah pokcik, bukan sekola pokcik saja tetapi seluruh daerah pokcik bahkan diseluruh sekolah negeri pokcik rasanya akan mengadakan majlis sambutan aidilfitri.. serentak.. Sate ikan, itu yang terlintas difikiran pokcik. Makanan ini menjadi kegemaran budak-budak ni.. Orang tua pun rasanya gemar pada benda ni..  Sambutan esok,.pokcik nak tengok makanan apa yang popular kat sekolah pokcik.

Bertanam jagung pula

Musim puasa yang lalu, boleh dikatakan aktiviti berkebun pokcik agak terhad. Kebun yang satu itu pun dah ditumbuhi rumput yang panjang.  Sengaja pokcik biarkan begitu. Kali ini pokcik cadang tanah kebun yang sekangkang kera tu akan ditanam dengan jagung pula.. Benih jagung ni pokcik beli kat pasar dengan harga RM28.00. Harap kali ni tanaman jagung menjadi.. Harga jagung rebus sekarang ni kat kawasan pokcik agak mahal..RM5.00 bagi 3 tongkol. Mahal tu kann.. Pokcik dah berkhayal macam Mat Jenin... 

Dah boleh keluar wad

Alhamdulillah, anak jantan pokcik dah dapat keluar dari hospital Permaisuri Nur Zahirah petang tadi.. Tengah hari tadi doktor telah mengesahkan anak pokcik bebas dari denggi. Sementara menunggu urusan selesai... diuruskan oleh isteri pokcik. Pokcik berehat dipantai Batu Burok yang terletak dibelakang hospital ni. Lagi pun pokcik parking kereta kat sini. Alhamdulillah atas doa saudara mara dan rakan taulan. Segala urusan dipermudahkan oleh Nya.

Dipindahkan ke hospital lain

Jam lebih kurang 1.00 pagi, anak pokcik dipindahkan dari hospital Jerteh ke hospital Kuala Terengganu. Pagi tadi pula bacaan darah dia meningkat. Waktu entri ini ditulis.. Alhamdulillah kepekatan darah dia mulai turun..  Semoga cepat sembuh..

Ketam nipah masak sup

Ini hasil air tangan pokcik, ketam nipah masak sup untuk anak pokcik yang masih terlantar di wad hospital. Sup yang ringkas. Kata orang sup ketam nipah baik sebagai penawar denggi jadi pokcik cuba sahaja. Hasil dari misi mencari ketam nipah semalam. Kalau malam semalam anak jantan pokcik yang nombor dua menemani adiknya. Malam ini pula giliran mamanya sendiri..  Esok sampailah ke malam esok giliran pokcik pula.. Siang-siang lagi pokcik dah maklum pada bos yang pokcik nak cuti.. Hari tu pokcik tak ambil cuti raya.. Boleh dikatakan setiap tahun pokcik tak ambil cuti.. Pokcik simpan cuti untuk sakit demam pokcik dan anak-anak atau masuk untuk 150 cuti pencen (ganjaran). Ikut kata doktor kepekatan darah anak pokcik ni tidak stabil, kejap naik kejap turun. Doktor gunakan istilah ' kering ' bila bercakap tadi. Itu yang merisaukan.  Sepatutnya anak pokcik ni kena bertolak malam ni ke USIM Nilai.. Tapi apakan daya kesihatannya tidak mengizinkan. Sup ketam n...

Dalam misi mencari ketam nipah

Dalam misi mencari ketam nipah untuk penawar denggi anak pokcik.. pagi tadi pokcik telah ke Gong Batu dan Pengkalan Gela Setiu, lebih kurang 25km dari rumah pokcik. Sebelum ke gerai jualan yang terletak dijalan utama yang menghubungkan Kampung Raja - Kuala Terengganu pokcik memenuhi permintaan anak perempuan pokcik yang ingin sangat melihat Boardwalk Setiu yang terletak di Kampung Pengkalan Gelap Setiu. Kawasan ini telah diisytiharkan sebagai Setiu Wetland. Untuk sampai ke lagun, kami menapak lebih kurang 500 meter jugalah diatas laluan yang disediakan. Sepanjang laluan ini, dapatlah juga anak pokcik mengenal tumbuhan dan hidupan yang ada tepi laluan ini. "yang ni pokok nipah pucuknya orang buat daun rokok.. yang ni pula pokok bakau.. ini siput belitong... yang ni..yang ni..." begitulah lebih kurangnya pokcik menjawab setiap pertanyaan dari anak pokcik.. Memang cantikkan lagun ini.. Waktu pokcik muda-muda dulu. Sekitar kawasan ini merupakan ...

Suspect denggi

Malam ini, pokcik menemani anak lelaki ketiga pokcik di Hospital Jerteh. Anak pokcik disyaki denggi.. itu kata doktor.. Setahu pokcik area kampung pokcik ni tiada lagi yang terkena demam ni... Yang pokcik tahu anak pokcik ni pulang sehari sebelum raya.. masuk hari kedua terus demam. Anak pokcik ni belajar kat USIM Nilai,  dan menginap kat kediaman sana.. malam ahad nanti katanya nak kembali semula kesana.. Harap-harap anak pokcik ni cepat sembuh.