Langkau ke kandungan utama

Catatan

Gambar Hari Rabu #11

Esok dah pun 1 Mei ..... sebelum terlupa siapkan dulu kad untuk bulan tersebut... esok, lusa, tulat tu memang cuti aku nak tambah satu hari lagi... ahad tu sedang berkira-kira untuk cuti lagi... jadikan empat hari... setelah agak lama tak ambil cuti.

Segmen : Bloglist Mei

Jom join Segmen : Bloglist Mei dari PaLy Tekan banner atas tuuuu :)

Aktiviti Hari minggu

Bila setiap hari minggu di musim yang panas ini anak-anak akan mengajak untuk mandi di sungai yang airnya cukup dingin.... memandangkan sungai utama dibelakang rumah aku tu, Sungai Besut airnya sudah tidak sedingin dahulu maka seperti biasalah aku bersama-sama anak isteri akan ke La Hot Spring.  Kala sebelum ini aku selesa ke Sungai Angga tapi kini kerja- kerja pembinaan Ampangan Paya Beda menyebabkan sungai disitu berkeladak dengan lumpur dan amat tidak sesuai untuk mandi.  Kalau minggu lepas datang tanpa membawa apa-apa bekal tapi kali ini atas cadangan anak-anak aku bawalah sedikit bekal... ayam berempah untuk dibakar dan sedikit sosej.. daripada tak ada langsung. Yang kurang seronoknya bila semua anak tak datang .. anak sulong dan yang kedua ada urusan janji bersama rakan mereka. Sampai ke mari jam 9.30 pagi ... awal.. takut tempat yang sempit dan selesa untuk mandi ini diambil orang. Bertolak balik jam 12.00 tengahhari... setengah jam untuk sampa...

Menimba & meragau

Pernah tak anda buat aktiviti macam ni... kalau kat kampung aku dan sekitar daerah sini aktiviti ini  dikenali sebagai menimba dan igat ikan (tangkap ikan/meragau). Aktiviti seperti ini hanya dilakukan bila alor atau parit mulai kering dan hanya tinggal lubuk-lubuk. Waktu dahulu aktiviti seperti ini cukup meriah dimana kaum lelaki sibuk untuk menimba air dari takungan/alor, sementara kaum perempuan pula bergotong royong memasak untuk kaum lelaki. Sekarang ini air dari lubuk tidak lagi ditimba menggunakan tenaga manusia.... enjin digunakan bagi menyedut air dari lubuk-lubuk dan masa dapat dijimatkan. Petang jumaat lepas... aku dan jiran yang mesra ku panggil sebagai Pokcik Nor telah berpakat untuk menimba alor berhampiran dengan madrasah.  Bermula jam 3 petang dan pada jam 4.30 petang dengan bantuan enjin air dengan kos minyak sebanyak RM20.   Aku dan Pokcik Nor selesa memerhati dari atas tebing dan memberi arahan secara lisan.  Hanya memerhat...

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

  Segmen bermula 25.04.2014 (Jumaat) dan tamat 05.05.2014 (Isnin) Jom meriahkan segmen Lya yang pertama kali ini.

Jauh

  18 April 2014 24 April 2014

Keluduk

Tiba-tiba aje terasa nak bercerita tentang pokok 'keluduk' atau senduduk.... kesnya petang tadi aku pergi melawat kawasan  tanah yang pernah aku berkebun sayur dulu. Tanah ini terbiar tanpa aku usahakan bila ianya mula dipenuhi oleh lalang yang sudah tidak mampu dan dengan pelbagai usaha dilakukan untuk menghapuskannya tetapi semakin banyak tumbuh. Sebenarnya tanah ini tanah orang yang ku minta keizinan untuk diusahakan dengan sayur dan kini ditanam dengan pokok pisang. Berbalik pada pada cerita pokok senduduk tadi... senduduk ... dibeberapa kawasan di kenali sebagai  keluduk atau juga kenduduk... nama botani Melastoma malabathricum L dari keluarga Melastomataceae... Waktu kecil dulu buahnya  yang masak merekah biasa dimakan mentah, terasa sedikit manis tetapi mulut dan lidah akan berwarna ungu.... bila sakit gigi arwah datuk akan menyuruh aku mengunyah buah yang masak berwarna ungu ini... Arwah datuk yang kaya pengetahuan dengan tumbuhan hutan pernah menggu...