Langkau ke kandungan utama

Tebu, Ubi Kayu dan jagung

Pokcik ada tanam sikit pokok tebu.Tak banyak dalam dua puluh lubang.. untuk mendapat hasil tu rasanya lambat lagi. Itu pun ditanam dicelah-celah pokok pisang. Tujuannya sebenar adalah untuk mendapatkan benih, kalau beli terus dari pembekal benih ni mahal juga. Lebih baik kita buat sendiri benihnya.


Selain dari tebu, ubikayu menjadi pilihan pokcik untuk ditanam kali ini.. tak banyak tak apa nanti dapat merasa hasil tanaman sendiri. Biasanya bila masuk musim tengkujuh ubikayu ni cukup laku dikawasan pokcik.. bini pokcik salah seorang yang menjadi pembeli bila masuk musim ni... 


Jadi kali ini pokcik tanam sendiri .. biar bini pokcik cabut sendiri bila dia nak makan. jangkaan dapat dituai adalah diawal Januari 2025. hari tu pokcik tanam dalam tiga ratus keratan batang.. kalau jadi semuanya dapatlah jual sikit.


Jagung didalam gambar atas dan bawah baru sahaja dipungut hasilnya. Agak sedikit mengecewakan pada tanaman jagung kali ini. rasanya pemilihan benih yamg tidak tepat menjadi puncanya. Pokcik cuba bereksperiment dengan benih yang murah dengan kulaiti benih yang kurang baik.


Gambar dibawah ini pula, sedang galak berbunga rasanya dalam bulan Disember ni boleh lah merasa hasilnya.. Masih lagi dengan benih murah


Sementara gambar bawah ini adalah jagung untuk "jeriat jagung/ tiok jagung" atau dengan bahasa mudahnya babycorn.. pangilan berbeza mengikut kawasan dan negeri.. Tak banyak yang ditanam lebih kurang dua ratus lubang. Buat rasa-rasa orang kata..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...