Aktiviti pokcik biasanya selepas solat asar, antara jam 5 petang sehingga jam 6.30 petang. Kalau ada kawan kawan yang mencari pokcik pun di waktu ini, mereka sudah tahu dimana tempat pokcik berada. Bukanya jauh sangat, tak sampai 600 meter dari rumah.
Hari ini pokcik membersihkan najis lembu dan kambing dari kandang sahabat yang bersebelahan dengan kebun. Baja asli sudah tidak menjadi masalah lagi dan bukan jauh untuk mendapatkannya.
Baja asli ini pokcik jadikan baja asas pada batas/bedengan tanaman. Kata sahabat dari seberang, pupuk dasar. Cadangan nanti batas batas yang baru ini akan ditanam dengan bayam.
Bayam 'Red amaranth' pokcik beli dengan harga RM26.00 di kedai pertanian. Berat 500gm, memang cukup banyak benih ni. Benih sebanyak ini bukan untuk sekali tanam.
Ianya akan di gilir dengan kangkung dan sawi untuk beberapa batas. Bukan untuk dijual secara borong, sekadar memenuhi permintaan dari kedai jualan sayur sekitar dua tiga kampung..
In sha Allah, doakan kejayaan dan keberkatan hasil usaha pokcik.
2 ulasan:
skrg saya pun bercucuk tanam kat rumah haha tapi sekadar suka suka 😀 semoga dipermudahkan segala urusan pokcik
alhamdulillah., berbakti pada bumi mesti lumayan hasilnya., aminn
Catat Ulasan