Sambutan Raya disekolah

Majlis Sambutan hari raya disekolah pokcik tahun ini agak meriah walaupun diadakan secara sederhana. Menu yang disediakan seperti tahun-tahun lepas, sate dan lemang tidak pernah dilupakan. Tahun ini lagi meriah bila acara karaoke diberi lampu hijau oleh guru besar dan ramailah rakan-rakan menunjuk bakat masing-masing

Seperti biasa, bila setiap kali diadakan apa-apa saja majlis disekolah. Tugas pokcik adalah sebagai jurugambar. Memang banyak pokcik ambil gambar beratus-ratus tapi entah kenapa tahun ini pokcik terlupa untuk bergambar dengan latar belakang yang dihias cantik. Hanya satu sahaja gambar pokcik yang diambil tanpa pokcik sedar oleh sahabat, itu pun bluuurr...

Pokcik kongsikan sedikit gambar acara sambutan majlis raya tahun ini..








1 ulasan:

Mrs. A berkata...

Selamat hari raya Aidil Fitri Pokcik
Wah! meriahnya sambutan raya kat sekolah tu semua pun sporting pakai baju raya