Langkau ke kandungan utama

Bila harga getah dah naik



Bila harga getah dah naik keinginan untuk kembali ke kebun dah menoreh sendiri getah pun turut naik sama. Pada tahun 2010, tahun tu harga getah paling tinggi hingga mencecah RM7.00 sekilogram. Waktu tu pokcik jadikan menoreh sebagai kerja part time.

Setelah hampir enam bulan tiada yang datang menoreh, kebun ini kembali dipenuhi semak samun . Kalau sebelum ini tanah kebun seluas lima ekar ini diberi pada seorang kenalan untuk dikerjakan dan kini beliau telah memp[unyai perkerjaan yang lain.

Tanah ini merupakan pusaka tinggalan arwah ayah pokcik untuk kami lima beradik, jadi dapatlah buat kami sekar seorang. Ditanah inilah boleh dikatakan kami lima beradik bermain dan membesar. Tanah ini jugalah memberi kami  adik beradik lelaki menoreh sejak dari umur belasan tahun. 

Dulu sebelum pokcik mendapat kerja tetap menoreh ini pokcik jadikan kerja tetap pokcik sehinggalah tahun 1995 pokcik mendapat tawaran jawatan kerja dengan kerajaan. Tahun 2002 adik pokcik menoreh dan berhenti pada akhir tahun 2015 bila dia mendapat tawaran kerja. 

Jadi hari minggu, jumaat dan sabtu pokcik dan adik pokcik bercadang untuk kembali menoreh pada sebelah pagi. Biasanya tak lama, getah seluas lima ekar bila mula ditoreh pada jam 8.00 pagi biasanya akan selesai pukul 10.30 pagi. 

Sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan dapur dan minyak kereta untuk pergi kerja.

Ulasan

raihanah berkata…
alhamdulillah rezeki buat pekebun getah

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Dua Batas Untuk Sebaris Harapan

Petang tadi, selepas matahari mula condong ke barat dan panasnya tidak lagi menggigit kulit, pokcik turun ke kebun. Hendak menyediakan dua batas untuk ditanam. Cangkul turun naik memecahkan ketulan tanah yang keras, sementara peluh menitis membasahi baju. Alhamdulillah, siap juga dua batas sebelum senja menjengah. Bukan besar mana, sekadar dua batas yang cukup untuk mengisi masa dan menenangkan hati. Selesai mencangkul, pokcik menarik pula plastik Silverstone. Perlahan-lahan plastik hitam perak itu dibentang menutupi batas yang baru disiapkan. Angin petang sesekali cuba mengusiknya, tetapi segenggam tanah di kiri dan kanan menjadi pemberat. Dari hujung batas memandang ke bawah, nampak kemas dan teratur. Hati yang penat terasa sedikit puas. Belum ada tanaman lagi di atas batas itu. Namun dalam kepala sudah terbayang barisan pokok jagung yang menghijau. Cadangnya, dua batas itu akan ditanam jagung. Tidak banyak, bukan untuk dijual ke pasar atau dihantar ke mana-mana. Cukuplah untuk kegun...