Jumaat, 6 Januari 2017

Cerita banjir

Banjir. Air bah, setiap hujung tahun dibulan disember atau awal januari kedatangan sentiasa ditunggu. Seronoknya bermain banjir. Itu dulu, waktu pokcik dizaman remaja dan diawal perkahwinan waktu belum lagi mempunyai anak-anak. Kini semenjak tahun 2000 dan 2014 keadaan banjir tidak seperti tahun-tahun sebelum tahun itu. Banjir 2014 dua malam kawasan rumah pokcik ditenggelami air dan tahun ini 2016.

Banjir awal 2017, pokcik tiada dirumah kerana menghantar anak sulong pokcik yang mendapat tawaran Latihan Penolong Pegawai Persekitaran di Kolej Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh (KKBSB), tarikh lapor diri pada 3 Januari 2017. Sebelum bertolak pokcik telah berpesan kepada isteri “Bawalah kain dan pakaian basahan, kain pelikat abang dan kain tuala, kemungkinan nanti kita akan tersangkut banjir, mungkin dimana-mana tempat”.

Turut bersama ialah anak perempuan bongsu pokcik. Pokcik sudah dapat menjangkakan akan berlaku banjir memandangkan maklumat dari sahabat bahawa  dihulu daerah telah berlaku yang hujan lebat. 

Pokcik bertolak jam 8.00 malam sampai di Sungai Buloh jam 3.00 pagi. Melalui LPT2, ada ketikanya terpaksa memperlahankan kereta memandangkan hujan yang lebat di sepanjang LPT2. Sampai di Hospital Sungai Buloh jam 3.00 pagi dan  tidur dibalai pelawat Hospital Sungai Buloh. 8.00 pagi anak mendaftar masuk di KKBSB. Tanpa sangka pokcik bertemu dengan rakan sekampung Ustaz Najmi yang sama-sama datang menghantar anak disini. Sementara menunggu anak-anak selesai pendaftaran, kami ibubapa dijemput ke Auditorium untuk mendengar taklimat dari Pengarah KKBSB.

Sewaktu dalam dewan anak pokcik yang berada dikampung memaklumkan keadaan sekitar yang mulai digenangi air. Hati mula tidak tenteram, perasaan pokcik kalau boleh waktu itu juga hendak balik kerumah. Selepas berbincang dengan Ustaz Najmi suami isteri, kita orang bertolak balik jam 3.00 petang selepas urusan pendaftaran asrama anak. Tambah merisaukan lagi bila beberapa keeping ambar dan makluman sahabat-sahabat dari aplikasi whatsapp yang menyatakan banjir tahun ini lebih besar dari tahun sebelumnya. Sebelum itu pokcik telah mengarahkan anak memindahkan kereta dan motor ketempat yang lebih tinggi.

Jam 8.00 malam sewaktu berada di R&R Temerloh, sekali lagi anak menghantar beberapa keping gambar yang menunjukkan air mulai memasuki rumah (kali pertamaair banjir masuk dalam rumah) dan dia telah siap sedia untuk berpindah ke rumah emak sepupunya yang berhampiran bersama dengan adik dan emak pokcik yang tinggal dirumah berhampiran. Hati ini makin tidak tenteram, isteri pokcik lebih lagilah.

Dari R&R Temerloh pokcik berkonvoi dengan dikepalai oeh Uztaz Najmi bekereta dihadapan. Ada beberapa tempat terpaka perlahankan kenderaan kerana hujan yang teramat lebat dan jarak penglihatan terhad.

Keluar dari LPT2 exit tol Kuala Terengganu, kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pantai memandangkan jalan di Kampung Buloh Setiu sudah dinaiki. Melalui jalan Kampung Maras-Batu Rakit.


Sampai di depan Hospital Jerteh jam 10.30 malam dan tidak dapat meneruskan perjalanan kerana air lebih dari paras pinggang disepanjang jalan ke Hulu Besut. Jarak rumah pokcik dengan hospital dalam 5km.  Pokcik ambil keputusan untuk tidur didalam kereta didalam kawasan hospital bersama isteri dan anak. Hati isteri tenteram bila anak menyatakan dia selamat berpindah.

Jam 8.00 pagi pokcik meredah air separas pinggang di kampong Cherang Meliling dengan beberapa orang lagi yang terkandas. Lebih kuran 1km berjalan kaki, kami semua menumpang lori majlis daerah yang bertugas.


Alhamdulillah pokcik sekeluarga selamat sampai dan anak-anak serta keluarga dirumah pun selamat. Ayam dan itik pokcik banyak yang dihanyutkan air yang tinggal hanya ayam enam ekor dan itik tiga dan lebih memenatkan bila keadaan dalam rumah yang berselut dengan sebahagian perabut yang ditengelami air.

2 ulasan:

Mrs. A berkata...

Alhamdulillah yang penting keluarga selamat.
Berbanyakkan bersabar semoga dipermudahkan segala urusan.

Adam berkata...

selamat berhati hati menempuh banjir