Langkau ke kandungan utama

Jemur ubi jari buaya



Petang semalam sepupu pokcik datang meminta ubi jari buaya untuk dibuat ubat. Memandangkan dia sepupu tak pulak pokcik berniat untuk menjual kepada dia.. pokcik bagi aje satu bekas kecil potongan ubi jari buaya yang telah dikeringkan... dan bersekali dengan satu polibeg anak ubi ni.

Pokcik dah bagi tahu kat dia pokok ubi ni bukan macam pokok ubi kayu, bukan macam ubi keledek dan juga bukan macam ubi badak.. tanam dan dalam masa enam bulan dah dapat ubinya... ubi ni dia lain sikit... dalam tahu baru isi dia sebesar lengan kanak-kanak.. bukan main susahkan nak dapat ubi dia. 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...