Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Cerita pagi rabu - projek tanaman sawi tepi rumah.

Cerita ambo.. konvoi dan ekspedisi

Sementara menunggu untuk berjumpa dengan rakan-rakan sejawatan di unit akaun PPD tadi saya terpandang ke skrin TV melihat Ally Iskandar si pengacara TV3 sedang menemuramah seorang wanita yang sedang berdiri bersama dengan motornya di dalam studio. Ambo tertarik kerana motor yang digunakan oleh wanita itu jenis yang sama ambo gunakan untuk berulang alik ke tempat kerja. Siapa dia,..... dia ialah Anita Yusof............. jom kita ke blog dia  http://anitayusof00.blogspot.com   untuk mengetahui apa aktiviti yang beliau lakukan dan berkenalan dengannya. Kadang-kadang tu, terasa juga ingin melakukan aktiviti yang sama sebagaimana yang dia lakukan... pernah rakan rakan kelab Motor FZ yang jemput untuk bersama sama konvoi.mengelilingi Malaysia tetapi beberapa kali ambo menolaknya kerana disebabkan kekangan masa dan komitmen pada keluarga. Lagi pun terasa diri ini sudah tua berbanding dengan rakan-rakan kelab yang lain. Kalau dulu aktiviti macam inilah yang menjadi ...

Aktiviti sebelah petang dan hari minggu

Inilah aktiviti ambo bila sampai waktu petang atau di hari minggu , bagi hari berkerja selepas solat asar dan selesai mengambil isteri di kedai kami di bandar jerteh terus ke belakang rumah untuk mencangkul tanah . Sebenarnya ambo buat kerja menyangkul ini tidak lebih sebagai senaman untuk mengeluarkan peluh sambil berbudi pada tanah……. ruang yang sedikit belakang rumah inilah tempat ambo menyemai bakti. Hajat dihati kawasan ini ingin ditanam dengan sayuran sawi. Lagipun jangkamasa sawi ini cukup singkat cuma  penjagaannya rumit sedikit berbandingan dengan tanaman sayuran lain….. ini berdasarkan pengalaman ambo yang lalu. Ulat dan belalang.. musuh utama Pokok kecil sebatang ini terpaksa ambo biarkan berdiri kerana sudah ada yang menghuninya Anak-anak perempuan ambo suka datang sini… tiap-tiap hari mengintai sarang burung ini. Kesian burung ini kerana kawasan berhampiran sudah terang. Di dalamnya ada telur empat biji…. Engkau duduklah disitu dengan...

No Blackout

Pagi ni datang kerja macam biasa.... sampai kat pejabat terus on kan lampu... masuk bilik .. onkan juga lampu dan suis komputer..... Lampu tidak berfungsi, hanya komputer yang menjadi... ingatkan ada mana-mana suis dimainboard yang tertutup semasa kilat...  Ini bukan blackout.......... bila tanya tukang kebun sekolah katanya masalah ini berlaku di pencawang TNB luar FELDA lagi.......  Jadi masalahnya bukan berlaku pada sekolah sahaja malah pada seluruh warga FELDA sini... bak kata kawan ambo ni "Api tak cukup".......... Inilah meja kerja ambo...... ari ni nampaknya ambo terpaksa kerja tempat lain ... terpaksa cari ruang yang lebih cerah.. terpaksa keluar dari ruang kerja ambo ni.

Limau Kasturi

Agak lama ambo menyepikan diri dari menulis diblog ini. Kesempatan cuti hari pekerja dan juga cuti hujung minggu berserta dengan cuti PRU13 ini maka adalah peluang sedikit untuk ambo menjengah ke blog ini. Penyebab kepada kemalasan melanda ialah line celcom yang terlalu ciput. Ambo bukannya apa hanya hendak berkongsikan sedikit info yang ambo dapat  berkaitan dengan limau kasturi ni. Bukannya apa kebetulan emak ambo ada bersungut supaya pokok limau yang berhampiran dengan rumah  ditebang.  Jadi benda nilah yang terlintas dikepala ini untuk dikongsi Khasiatnya : Buah pokok limau kasturi ini amat mujarab untuk merawat penyakit buang air besar. Perahan jusnya dipercayai amat baik untuk melawaskan perut dan juga meredakan penyakit demam panas.Selain dari itu limau kasturi juga berkhasiat diminum sebagai minuman sampingan kerana dipercayai  mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.  Dan satu lagi khasiatnya ialah ia boleh meredakan tekanan darah ...