Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jadi pelakon utama pula

Lama pokcik tidak bersiaran kat sini. Dalam kesibukan masa dan kerja hakiki serta kerja-kerja lain kadang-kadang kita terlupa pula. Almaklumlah bukan blogger sepenuh masa. Cerita yang berlaku pagi tadi, Program Jom Ke Sekolah anjuran KPM dan PDRM. Sebagai gimiknya pokcik berlakon sebagai seorang bapa (latarbelakang cerita tahun 50an). Bagaimana orang dahulu menyerahkan anaknya untuk menerima ilmu disekolah. Babak aksinya; Pokcik mengayuh basikal Raleigh memasuki kawasan sekolah dengan membawa anak dibelakang (pelajar). Masuk ke dewan dan menyerahkan anak kepada guru besar. Antara dialog yang diucapkan secara spontan :- Pokcik : Assalamualaikum cikgu Guru Besar : Waalaikumussalam, Pokcik. Pokcik : S aya datang ni hendak serahkan anak saya belajar disekolah ini. Cikgu ajarlah         baik-baik sehingga dia panadai menulis, membaca dan mengira. Kalau dia         melakukan   kesalahan cikgu rotanlah ...

Selamat pengantin baru Zulhilmi

Sempena musim perayaan tahun baru cina ni, banyak dkalangan kita yang mengadakan kenduri kendara perkahwinan dan kesyukuran serta aqiqah dan sebagainya. Almaklum sahalah ketika ini adalah merupakan masa yang terbaik dengan cuti yang dimiliki oleh kita dan juga cuti persekolahan selama seminggu. Boleh dikatakan dalam minggu ini setiap hari memenuhi undangan jemputan perkahwinan bahkan dalam sehari ada yang kena pergi dua tiga tempat. Hari ini pokcik memenuhi undangan dari emak saudara pokcik bagi perkahwinan anak bongsunya. Berlarak kata popular yang digunakan oleh orang sebelah sini, Besut dan Kelantan atau juga semuanya Terengganu. Membawa maksud mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Zulhilmi dan pasangan diijabkabulkan semalam dan petang ini jam 2.00 tadi rombongan kami ke rumah pengantin perempuan dan besok harinya (rabu) sebelah lelaki pula akan diadakan majlis kenduri. Pokcik pula pagi-pagi lagi kena berada disana, rumah emak saudara pokcik bagi ses...

Gambar Hari Rabu #55 - Indahnya pagi ini

Dalam perjalanan menghantar anak kesekolah dan juga perjalanan ke sekolah pokcik pagi tadi. Terpandang pemandangan yang indah dikaki langit. Pemandangan awan yang jarang jarang sekali berlaku atau tidak mungkin berlaku dengan bentuk yang sama dilain kali. Awan yang membentuk satu garisan seperti mahu menghalang lagi cahaya mentari dari menjadikan siang harinya. Sungguh indahnya ciptaan Allah S.W.T.. Sayangnya pagi ini tidak bawa DSLR, hanya dengan kamera telefon. 

Gambar Hari Rabu #54 - Ikan dari Tasik Kenyir

Candid #3 - Sheraf

Hanya menggunakan kamera telefon, Redmi  dan sedikit editing di photoshop . Inilah hasilnya.

Meja kerja #27 - Belacan diatas meja

Ingatkan daging burger. Itu pandangan pertama bila pokcik ke meja kerja.. sekeping belacan yang dilihat oleh sesiapa sahaja pasti mengatakan itu adalah daging burger tapi bila dah baunya yang semerbak dah pastilah bau itu bukan lah bau daging burger.. sah.. sahlah belacan.. Burger tak bau macam ni.. Bila tanya rakan siapa yang bagi tak pula dibagi taunya nama sekadar klu sahaja.. katanya orang yang tinggal kat Melaka. Bila dia bagi tahu begitu tau lah pokcik salah seorang cikgu sekolah pokcik ni suaminya bertugas di Melaka. Belacan ni penyedap bagi setengah makanan dan sambal tanpa belacan.. "maka pincanglah sambal itu"

Kejohanan merentas desa 2019

Sekadar berkongsi sekeping dua gambar acara kejohanan merentas desa yang diadakan disekolah pokcik pada petang semalam. Berbeza dengan tahun tahun sebelum, acara ini kebiasaannya diadakan pada sebelah pagi. Tahun ini acara ini diadakan pada sebelah petang. Walaupun diadakan sebelah petang acara tahunan ini tetap meriah..