Langkau ke kandungan utama

Catatan

MINI GIVEAWAY BY NADIA

jom meriahkan.. klik banner untuk join sama

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat sekolah 2017

Tepat jam 7.45 pagi tadi bermulanya majlis Sambutan bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah tempat pokcik bertugas. Dimulai dengan senaman pagi di dataran sekolah selepas itu pula pelajar dan warga sekolah berarak disekitar Felda. Sesi pertama sambutan diakhiri dengan pertandingan basikal berhias. Sesi kedua pula diadakan di dewan sekolah antara acara yang diadakan ialah pertandingan mewarna, pertandingan pakaian merdeka, pertandingan sajak dan pertandingan lagu patriotik. Seperti biasa pokcik nak belanja sekeping dua gambar berkenaan program yang berlangsung pagi tadi.

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89

Klik banner atas tu.. jom meriahkan giveaway ni

Giveaway Blog Bycikrenex

Jom join..   Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017

Ubi Jari Buaya - Permintaan rakan-rakan #2

Semalam pokcik menerima panggilan dari sahabat sejawatan pokcik yang bertanya tentang ubi jari buaya. Ada dan memang ada cuma ubi yang telah kering tu sudah habis dalam simpanan pokcik.  Memandangkan sudah ada isi ubi ini yang telah matang dikebun dan sesuai untuk jadikan sebagai ubat, petang semalam juga pokcik gali. Ubi yang digali dibersihkan dan dihiris seperti asam keping dan jemur panas dalam sehari dua. Dua keping hirisan ubi ini dimasukkan kedalam gelas yang mengandungi air panas. Kata sahabat pokcik, suaminya ada masalah jantung dan sudah biasa minum air rebusan ubi ini. Katanya lagi ada sedikit perubahan bila diamalkan meminum air rebusan ubi ini.  Dua anak pokok ubi jari buaya ini baru saja pokcik pindah ke pasu..yang ni pun untuk atas permintaan sahabat pokcik. Setakat ini pokcik sedang berusaha untuk memperbanyakkan lagi tanaman ubi ini. Pokok ubi jari buaya ini mudah tumbuh tapi untuk mendapatkan isi ubi yang matang perlukan masa sehingga enam b...

Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple

S egmen ni berlangsung dari 7 Ogos hingga 31 Ogos. meh join.. klik banner atas tu

Membuat titian

Tiada aktiviti yang menyeronokkan selain berada dikebun bila hari cuti. Hari ini selesai sudah aktiviti menyiapkan sebuah titian didalam kebun sawit pokcik. Cukup memenatkan tetapi membahagiakan hati. Kayu untuk membuat titian ini dipunggah dari atas bukit sana, jaraknya lebih kurang 100 meter. Sebelum ini kalau untuk kesebelah tanah sana pokcik terpaksa meredah air paras pinggang. Bila pakaian dah basah, rasa tidak selesa pula untuk berkerja. Terimakasih untuk dua orang adik ipar pokcik yang sudi membantu menyiapkan titian ini. Kini kerja-kerja menanam dan menebas semak samun menjadi semakin mudah untuk kesana sini.