Langkau ke kandungan utama

Catatan

1st Giveaway by Miss Oren

   Klik banner untuk join sama..  

Sembang santai fotografi

Sembang santai fotografi   telah diadakan pada petang sabtu selepas solat zohor bertempat di Pantai Bukit Keluang Besut.. Sembang santai bersama dengan penuntut-penuntut IPGSM Sultan Mizan itu memfokuskan teknik posing dan fotografi headshoot kali ini disampaikan oleh Cikgu Yusri..   Seramai hampir dua puluh orang peserta yang hadir pada sembang santai kali ini....Banyak ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh beliau kepada peserta sembang santai kali ini. Pokcik ni seperti biasa, hanya sebagai pembantu sahaja... atas dasar minat dan ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang diketahui dan ingin belajar juga sesuatu dari para peserta ini.. Untuk mencari model tidaklah susah kerana ada diantara peserta ini yang secara sukarela menawarkan diri... Memandangkan model kali ini tidak berpengalaman... jadi banyaklah tunjuk ajar yang diberikan oleh Yusri....lepas ni... bengkel photoshop

Menyampaikan sumbangan dari sahabat-sahabat buat rakan yang memerlukan

Petang tadi pokcik bersama beberapa rakan-rakan bekas pelajar tingkatan enam PPK  telah berkunjung ke rumah salah seorang rakan kami yang mengalami strok untuk menyampaikan sumbangan kewangan. Duit sumbangan dari rakan-rakan ini tercetus dari perbualan group whatsaap... dan sahabat pokcik Zainuddin Ismail diberi amanah untuk menerima sumbangan dari sahabat-sahabat yang lain.. Alhamdulillah.. petang tadi  wang yang diamanahkan oleh rakan-rakan dari seluruh atau serata Malaysia ini dapat diserahkan kepada saudara Rosli.... Diharap sumbangan yang sedikit ini dapat me ringan kan beban beliau.. Saudara Rosli merupakan rakan serumah sewa pokcik pada tahun 1991. Diserang strok pada tahun 2008. Pernah membuat pembedahan dikepala... mempunyai tujuh orang anak. Selepas sedar dari koma selama dua bulan sahabat pokcik ini tidak dapat bercakap melayu sehingga menyukarkan komunikasi dengan keluarganya.. kerana bahasa yang dikuasainya selepas sedar ialah Bahasa Inggeris.....

Bila rumput mulai kemerahan

Bila rumput mulai menguning dan kemerahan itulah tandanya tanah-tanah mulai kekeringan air. Dan itulah juga tanda-tanda kebesaran tuhan yang maha Esa yang menjadikan langit dan bumi ini dengan aturannya. Tiada apa yang hendak dinafikan lagi bahawa Malaysia kini sedang dilanda musim panas dengan suhu yang agak tinggi. Ada disesetenga tempat tu sehingga melebihi 35 darjah celcius dengan bahang udara haba yang panas... dengan bahasa mudahnya orang kampung pokcik sebut angin panas.. Tadi pokcik pergi jalan-jalan kat ampangan jajar yang tak jauhlah sangat dari kampung pokcik.. air ditakungan masih banyak untuk kegunaan sawah padi.. air dialiran sungai dibawah takungan  pula susut. Tapi yang menarik perhatian pokcik bila lihat rumput-rumput yang kemerahan yang mulai mati kekeringan akibat panas cahaya mentari.. jadi untuk kita semua sebagai ingatan bersama. Kurangkan aktiviti diluar rumah sebagai mana yang disarankan oleh pihak kerajaan dan banyakkan meminum air.. iyalah...

Bila itik diserang penyakit

Kelmarin tiga ekor itik pokcik mati.. Masuk hari ni dah lima ekor itik pokcik yang mati. Dua tiga hari lepas pokcik perasan bila itik-itik ni lembik dan tidak boleh berjalan. Kata orang itik ni diserang oleh penyakit lembik. Kalau berterusan macam ni rasanya boleh mati kesemuanya itik peliharaan pokcik ni. Kalau sebelum ini tidak pernah pula itik peliharaan pokcik diserang oleh penyakit seperti ini walaupun ramai jiran tetangga yang mengalaminya.  Kata jiran ubat yang paling mujarab bagi penyakit ini ialah dengan memberi makan siput sawah atau kecar atau juga gondang sawah... Pokcik tengah fikir ni mana dah nak cari siput sawah musim ni bila siput dah banyak mati bila masuk musim meracun oleh pesawah-pesawah kampung pokcik ni. Pagi kelmarin dah ke pejabat veterinar daerah, berjumpa dengan pegawai disana minta pandangan dan nasihat berkaitan perkara ini.... sambil-sambil tu bertanya khabar tentang bantuan penternakan itik. Manalah tau kot-kot lepas ni boleh jadi pent...

BLOGWALKING By CORETANKU

Tarikh Tamat : 31 Mac 2016 Klik Banner atas untuk menyertai

Sungai Besut - Pangkalan Kampung Darau

Khamis yang lalu (17 Mac 2016).. Akhirnya berpeluang memancing di sungai Besut iaitu bermula di Pangkalan Kampung Darau sehingga ke Kampung Durian Telur.  Biasanya pokcik melihat persekitaran kampung ini dari daratan tanpa menyedari kecantikan kampung ini bila di lihat dari atas bot atau lebih tepat lagi melihat sudut kampung ini dari atas air. Bertolak jam 5.00 petang ke tempat pancingan di anak sungai kampung Durian Telur dengan jarak tidak sampai 15 minit dengan bot berinjin galah yang dikemudikan oleh sepupu pokcik.... Perjalanan ke medan pancingan yang ternyata berbaloi dengan hasil pancingan sebanyak 19 ekor ikan patung. Macam biasa pokcik nak belanja beberapa keping gambar sepanjang perjalanan itu.. jom nikmati keindahannya. Dalam perjalanan ke tempat pancingan pokcik disajikan dengan pandangan yang indah.. hampir tersasar niat sebenar bila melihat pemandangan yang indah ini. Menyusup bawah jambatan sehingga terpaksa meniarap atas bot. ...