Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hari Pertama Sukan Sekolah

Penat pokcik seharian tadi.. Malam ni cuma terasa ingin upload sekeping dua gambar untuk tatapan rakan-rakan blogger..  Pagi cuaca cukup baik dengan panas dan redup sekejap-sekejap, sementara petang tadi hujan sampailah ke pukul enam. Esok ada sehari lagi aktiviti sukan ni.. dan petang esok akan diadakan majlis penutup sukan ini. Pokcik pun tak nak menaip panjang. Kepala ni pun dah berdenyut-denyut bila terkena panas dan hujan.. jom pokcik belanja sekeping dua gambar.. Cukup lah tu dengan beberapa keping gambar.. kalau ikutkan hati masih banyak gambar tersimpan..

Kulat

Petang tadi pokcik pusing-pusing belakang rumah, sambil layan itik ayam. Pokcik lepak atas tunggul durian reput. Sambil intai itik ayam mana yang degil tidak mahu masuk reban. Tetiba terasa hati nak cari kulat. Kulat yang boleh dimakan. Kulat sisir . Kulatkan biasa t u mbuh selepas hujan. Sehinggakan tercipta pepatah 'seperti cendawan selepas hujan' hah betulkan tu. Intai-intai tidak berjumpa pula dengan kulat sisir yang tumbuh dibatang getah yang reput.. la patut pun... dah dua tiga hari tak hujan. Kulat ni dia ada banyak jenis dan banyak bentuk... ada yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Jangan tersilap makan nanti keracunan. Pokcik tertarik dengan bentuk-bentuk kulat ni... pelbagai jenis dan warna... tangan gatal nak rakam gambar jenis kulat ni... tapi kaki tak mahu melangkah naik ke rumah untuk ambil DSLR... jadi pokcik guna S4 zoom yang ada dalam poket seluar  untuk rakam kulat ni. jangan sampai hidup kita jadi macam kulat 

Bila dua beradik berjumpa

Hari ni cuti Deepavali.... pagi-pagi lagi berlarian bersama anak-anak mengejar itik ayam yang terlepas dari reban... Hari ini terpaksa menyembelih dua ekor itik dan dua ekor ayam. Petang nanti hantar pula itik yag siap diproses ni ke kantin sekolah... Rezeki itik ayam..  Dalam dok kejar itik ayam pokcik perasan depan rumah mak pokcik ada sebuah kereta datang. Rupa-rupanya mak saudara yang datang... Kakak pada mak pokcik... Walaupun mak saudara ni tinggal dalam lingkungan 5km, kalau tak yang muda hantar tak dapatlah yang tua nak datang berkunjungkan. Bila dah sekali sekali berjumpa tu banyak yang mereka dok bersembang.. pokcik tak nak layanlah apa yang disembangkan dua beradik tu... pokcik layan sembang dengan sepupu sekejap.. Layan itik ayam balik..   Yang mana adik yang mana kakak ni?....

Malam Mega Kebudayaan SKAK 2015

Pokcik berkesempatan ke Majlis Malam Mega Kebudayaan SKAK 2015.Itu pun kerana menemano anak perempuan bomgsu pokcik yang ingin sangat menonton persembahan dari sepupunya. SKAK.. Sekolah Kebangsaan Alor Keladi bukanlah sekolah anak pokcik. Walaupun Alor Keladi ini adalah kampung pokcik.. tetapi anak pokcik bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk K a wah.. sekolah y ang berada di kampung jiran. Berbalik pada Malam Mega Kebudayaan SKAK 2015 ni. Majlis malam dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar SKAK iaitu En Mat Latif b. Awang kemudian disusuli pula dengan ucapan oleh Ab. Halim b. Hassan Ketua Pegawai Pendidikan Besut . Acara  seterusnya diperdengarkan bacaan Al-Quran oleh Adik Nuruzzawanah Yamni bt. Nurunnajmi, Finalist Adik-Adikku Musim Ke 5 2014. Nuruzzawanah ini juga merupakan Naib Johan T ilawah Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2013. Antara Anugerah yang dimenanginya ialah Anugerah Solo Terbaik Nasyid Peringkat Kebangsaan 2015 dalam Festival nasyid Sekolah-sekolah...

Bila tersilap padam komen di blog

  Bila tersilap padam komen di Blog . Pokcik hendak minta maaf kepada beberapa rakan blogger yang meninggalkan komen pada post pokcik yang bertajuk Singgah Di Dalerok . Sebenarnya komen mereka itu pokcik hendak terbitkan tetapi pokcik tersilap tekan delete/hapus. Maka komen-komen mereka tidak dapat diterbitkan bahkan telah hilang. Kesian pada rakan-rakan blogger yang sanggup singgah dan baca serta meninggalkan komen tetiba komen mereka tidak tersiar. Dengan ini,... dengan rendah diri pokcik mohon maaf pada rakan blogger.

3D GIVEAWAY BY IY & SYARIZWAN

  Giveaway ini bermula pada 2 November 2015 hingga 29 November 2015... meh sini kalau nak join sama.., klik banner atas tu

Singgah di 'Dalerok'

Singgah di Dalerok .. Kebetulan hari ini pokcik mengambil cuti rehat tahunan satu hari. Esokkan cuti Deepavali... Kesempatan ini pokcik gunakan untuk mengunjungi bekas cikgu pokcik di Dalerok. Bekas guru pokcik ni dah lama pencen dari dunia pendidikan dan sekarang ni mengusahakan restoran yang diberi nama Dalerok.  Dalerok itu membawa maksud dalam hutan. Bersesuaian dengan tema restoran dia. Dari luar lagi kita akan tengok pokok-pokok kecil didepan restoran beliau. Masuk sahaja ke dalam kita akan melihat konsep hutan atau 'rok' yang diterapkan. Batang-batang pokok serta teras kayu dijadikan sebagai hiasan dalaman restoran beliau Untuk ke Restoran Dalerok ini sungguh mudah kerana dia terletak di jalan utama Kota Bharu - Kuala Terengganu, berhampiran dengan Masjid Hadhari Bandar Jerteh bertentangan dengan KFC dan Maybank.