Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2025

Hujung 2025, Kita Tutup Buku Perlahan-Lahan

Hari ini, 31 Disember 2025. Hari terakhir dalam setahun yang panjang, setahun yang penuh cerita. Esok, 2026 akan menjelma — tanpa minta izin, tanpa tunggu kita bersedia. Macam biasa, masa tetap berjalan. Kita yang sering tercungap-cungap mengejarnya. Bila duduk diam sekejap, hirup kopi panas, Pokcik terfikir… 2025 ni bukan tahun yang kosong. Ia tahun yang penuh isi. Ada senyum, ada air mata. Ada hari kita rasa kuat, ada hari kita rasa nak mengalah. Tapi kita tetap hidup. Itu yang paling penting. Awal 2025, kita masuk dengan harapan. Macam biasa, azam pun ada. Ada yang tercapai, ada yang tinggal angan-angan. Ada juga yang kita lupa di pertengahan jalan. Bukan sebab malas, tapi sebab hidup ni kadang-kadang ubah haluan tanpa bagi peta. Ada hari kita bangun pagi dengan semangat, rasa dunia ni luas. Ada hari kita bangun dengan dada sempit, fikiran berserabut. Masalah datang silih berganti — soal rezeki, keluarga, kesihatan, emosi, dan masa depan. Ada benda yang kita rancang jadi lain. Ada o...

Hujan & Tawa Zaman Dulu

Pagi ini hujan turun lebat. Seawal subuh, bunyi air hujan jatuh atas bumbung rumah ini, entah kenapa terus bawa pokcik balik jauh ke hujung tahun 70-an. Zaman kita budak kampung dulu, hujan bukan benda nak dielak… hujan tu benda nak ditunggu. Gambar sekadar hiasan Dulu kalau langit mula gelap, angin sejuk datang dari bendang, Pokcik bersama kawan kawan dah siap berkumpul. Baju nipis, seluar pendek, kaki ayam. Ada yang buka baju terus. Bila hujan jatuh, kami lari keluar rumah macam hujan tu kenduri. Lompat lopak, kejar-mengejar, biar badan berlumpur. Air hujan masuk mata, masuk mulut, tapi tak ada siapa kisah. Ketawa kuat-kuat, jatuh bangun atas tanah becak. Dunia masa tu kecil… tapi rasa cukup. Tak ada telefon, tak ada kasut mahal, tak ada mainan plastik. Yang ada cuma hujan, tanah, kawan, dan tawa yang jujur. Bila emak jerit dari serambi suruh masuk, kami buat-buat tak dengar. Balik rumah pun kena marah, tapi dalam hati puas. Sekarang hujan masih turun. Tapi budak-budak dah lain. Masi...

Alunan Hikmah di Pagi Yang indah

Pagi tadi, sekolah pokcik meriah dengan suasana penuh hikmah dan tenang. Majlis Khatam Al-Quran berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi, disertai oleh anak-anak murid yang berpakaian lengkap lelaki berbaju Melayu dan songkok perempuan berbaju kurung indah, masing-masing khusyuk membaca dan mengalunkan ayat suci dengan penuh tertib. Majlis dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Bahagian Agama), yang sempat berkongsi kata-kata semangat dan nasihat yang menyentuh hati.  Pokcik duduk di belakang, memerhati dengan rasa syukur dan bangga—bukan senang nak lihat anak-anak kecil begitu tekun dan beradab dalam majlis ilmu. Ada juga sesi penyampaian hadiah dan cenderahati, dihiasi dengan bunga-bunga plastik warna-warni dan senyuman ikhlas dari para guru. Balik rumah, pokcik rasa tenang. Macam ada satu ruang dalam hati yang terisi. Petang ini, pokcik duduk menaip sambil dengar bunyi hujan renyai kat luar. Alhamdulillah, satu pagi yang bermakna. Sambil itu pokcik nak kongsi...

ALOHA: Majlis Kelab Warga Kita

Pada malam 10 Disember 2025, suasana di Hotel Marriot Kuala Besut bertukar menjadi lautan warna dan senyuman. Bertemakan "ALOHA", majlis anjuran Kelab Warga Kita ini bukan sekadar pertemuan, tetapi satu perayaan kebersamaan yang penuh makna Dari poster yang ceria hingga ke pakaian para tetamu yang beraneka corak tropika, setiap sudut majlis memancarkan semangat santai dan mesra.  Leis berwarna-warni melingkari leher, topi hiasan dan baju bercorak bunga menjadi simbol keterbukaan dan kegembiraan. Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu dan ucapan alu-aluan. Doa pembuka majlis disusuli dengan ucapan Pengerusi KWK dan Guru Besar, Tuan Amri bin Awang Omar. Sijil dan token penghargaan diberikan kepada guru-guru sebagai tanda terima kasih atas jasa mereka. J uadah disajikan dalam suasana santai, dengan tetamu menikmati makanan sambil berbual mesra. Cabutan bertuah dan sambutan hari lahir bulan Disember menambah kemeriahan. Tema pakaian terbaik turut diraikan, mencetuskan gelak taw...

Hamper & Majlis ALOHA

Selepas waktu rehat tadi pokcik pergi ke meja kerja pokcik, terpandang satu hamper besar berada atas meja. Mungkin budak -budak pekerja kedai yang tempat pokcik tempah tu yang hantar. Siap balut dengan plastik dekorasi dan reben biru, memang nampak eksklusif. Hamper ni Pokcik tempah khas dari kedai yang memang buat tempahan hadiah dan hamper , saja nak bagi nampak kemas sikit untuk majlis malam nanti. InsyaAllah malam ini kita akan berkumpul dalam Majlis Makan Malam Kelab Warga Kita bersama guru-guru dan AKP di Hotel Marriott Besut, dengan tema ALOHA . Sesekali kita berhibur santai, lepas penat urusan sekolah sepanjang tahun. Hamper ni khusus untuk sesi tukar-tukar hadiah . Seronok sebenarnya bila semua bawa hadiah masing-masing, tak kisah besar ke kecil, tapi nilai kebersamaan tu yang buat rasa mahal. Guru, AKP—semua duduk semeja, berkongsi cerita, gelak ketawa tanpa memikirkan fail dan minit mesyuarat. Pokcik harap siapa pun yang rezeki dapat hamper ni nanti, anggaplah sebagai tan...

Cubaan buat Pondok Kecil di Tengah Kebun Getah

Aktiviti hari jumaat dan sabtu Pokcik minggu ini fokus pada kebun getah yang seluas lima ekar.. jarak dari rumah lebih kurang 4 kilometer. Kali ini pokcik cuba bina pondok kecil dari kayu kayu hutan berhampiran kebun. Dalam gambar bawah tu, Pokcik duduk sekejap atas batang kayu yang dijadikan bangku sementara. Atas bangku ini pula nanti akan dibuat teduhan. Pandang keliling, sejauh mata dapat pandang pokok-pokok getah tua dah lama dibuang.  Tanah pusaka seluas lima ekar dibahagi lima beradik dapatlah seekar seorang. Sekarang ni diatas geran tanah tu nama pokcik masih lagi sebagai pentadbir tanah. Projek tanam semula ni memang ambil masa, tapi Pokcik tak kisah. Pelan-pelan, janji jadi. Adik pokcik serta anak saudara dan seorang budak yang diupah untuk menanam anak getah sedang menggali lubang sementara pokcik dengan urusan membina pondok ini. Aktiviti berkebun sayur pokcik hentikan dulu buat sementara pada hari jumaat dan sabtu, hanya dilakukan pada sebelah petang selepas waktu kerj...

Stok Ramadhan??..

Lepas Asar tadi, badan ni terasa ringan semacam… Cuaca elok, jadi pokcik pun capai topi lusuh, ambik cangkul, terus turun ke kebun. Petang ni kerja tak berat mana, membaja dan mengembur rumpun tebu. Tapi walaupun kerja sederhana, hati tetap rasa seronok. Bila berdiri tengah-tengah barisan tebu yang makin meninggi… eh rasa macam dalam lorong hijau yang penuh harapan. Cahaya matahari senja pulak tembus celah-celah daun, buat kebun nampak hidup dan bertenaga. Pokcik sisih sikit-sikit daun kering, longgarkan tanah, bubuh baja… sambil mulut membebel kecil macam orang tua bercakap dengan tanaman. “Moga-moga kamu subur lah… pokcik nak jual masa puasa nanti… jangan buat hal,” kata pokcik sambil ketuk tanah perlahan-lahan. Sebelum balik, pokcik pandang satu barisan panjang ni… dalam hati pokcik doa, moga tahun depan masa bulan puasa, ada rezeki nak jual tebu untuk orang buat air buka puasa. Rezeki pokcik pun datang sikit-sikit dari kebun kecil ni. Petang pun makin redup… pokcik pun gulung leng...

Sup Belut Panas

Pagi tadi, waktu nak cari tempat duduk di kantin, mata pokcik terus terpandang satu bekas besar berwap-wap atas meja hidangan. Bila didekatkan, ha… rupa-rupanya sup belut . Bau dia naik lembut, kuahnya bergoyang perlahan setiap kali sudu mencedok. Kawan-kawan di kantin pula bukan main seronok hirup kuah macam tak cukup mangkuk. Ada yang siap hulur kat pokcik sambil senyum senget, “Cubalah sikit, pokcik…” Pokcik hanya geleng. Bukan sombong, bukan memilih. Cuma tubuh pokcik memang tak mahu berdamai dengan belut. Entah kenapa, dari dulu kalau sebut belut saja… perut pokcik macam berkocak tanda ‘tolonglah jangan’. Pernah dulu kena tipu, dihidang kuah laksa pekat sedapnya bukan main. Hirup sekali dua, rasa manis kuah tu memujuk tekak. Tapi bila tuan punya lauk bisik, “Belut tu pokcik…” , terus rasa loya melompat naik sampai ke dahi. Hilang segala nikmat dunia. Tapi lucunya, kalau disuruh masak, pokcik boleh saja. Nak tumis bawang, nak rebus halia, nak bagi kuah naik aroma.... semua bole...

Kebun Bersih, Hati Pun Lapang

Kadang-kadang kita tak sedar, kebun bukan sekadar tempat tanam pokok. Bagi Pokcik, kebun ni macam ruang terapi. Tempat lepas lelah, tempat tenangkan fikiran. Tapi satu benda Pokcik pegang—kalau kebun tak bersih hati pun tak tenang, kepala makin serabut.. hendak tak hendak kena bagi bersih kebun. Contohnya kebun tebu Pokcik ni. Kalau dibiarkan daun-daun kering berselirat kat batang, berserak atas tanah, rasa macam semak. Nak jalan pun rasa malas. Tapi bila Pokcik rajin buang daun-daun tu, bersihkan lorong, trim sikit mana yang perlu—Subhanallah, terus rasa lapang dada. Bila kebun bersih: - Mata sedap memandang - Fikiran jadi tenang - Semangat nak turun kebun pun datang Pokcik suka duduk hujung lorong tebu, hirup udara pagi yang berkabus. Dengar bunyi daun bergesel, bau tanah lembap, rasa macam dunia berhenti sekejap. Tak perlu spa mahal, cukup kebun yang bersih dan damai. Jadi, kalau rasa stress, sakit kepala mokcik kamu membebel 😁🤭, pokcik lari ke sini.. fuuh tenang rasanya.  Bil...

Makan Tengah Hari Yang Menyerikan Hati

Hari ni, Pokcik dah dapat hadir ke sekolah seperti biasa.. bukan kata demam itu kebah sepenuhnya ada sikit-sikit rasa lemau badan. Segala bauan pun masih tidak selesa dihidu, semuanya seperti bau yang busuk.. selsema ini pula bukan mudah untuk pulih sepenuhnya mungkin ambil sedikit masa. Tengah duduk depan komputer di pejabat sekolah, tiba-tiba datang bau yang kurang menyenangkan. Bau ayam goreng harum semerbak walaupun baunya menarik sebelum ini tapi hari ini baunya amat kurang selesa sikit.. tau sendirikan bila kena selsema. Pokcik pun tak sempat nak tanya apa-apa, sahabat pokcik hulur kotak merah Marrybrown ni. “Nah pokcik, rezeki tengah hari,” katanya sambil senyum. Pokcik buka saja penutup kotak, terus nampak ayam goreng rangup duduk elok atas kertas putih. Minyak pun masih panas-panas, meninggalkan kesan pada penutup kotak—petanda baru keluar dari dapur, bukan yang dah sejuk lemau. Tangan pun tak tunggu lama… terus capai seketul. Bunyi krup krap tu saja dah boleh buat hilang pena...