Rabu, 28 Ogos 2024
Isnin, 26 Ogos 2024
Panen Jagung
Hari ni, pokcik dah mula tuai jagung.. Suka anak pokcik.. dapat rasa bagaimana panen jagung.. jagung mana yang boleh diambil dan yang mana tidak boleh dipetik.. pokcik juga ajar mereka bagaimana jagung di gred berdasarkan gred A, B & C.
Gred A dan B pokcik campur untuk dijual sementara Gred C untuk kami makan. Hendak kata sikit hasil panen taklah.. melimpah rezeki pokcik kali ni..
Ahad, 25 Ogos 2024
Tumbangkan pokok pisang
Pokok pisang dalam gambar tu seharusnya ditumbangkan untuk memberi ruang pada tanaman yang lain... cadangan pokcik adalah diganti dengan tanaman jagung atau ubikayu. Untuk menyimpan pisang itu sudah tidak berbaloi lagi, selepas banjir awal tahun ini, kesemua pisang ini telah terkena penyakit dan sudah tidak boleh diambil buahnya.
Ruang yang ada disini sebenarnya telah dipenuhi dengan pokok pisang, pokcik telah membuangnya sedikit demi sedikit bergantung dengan kudrat yang ada tanpa mengupah jentolak. Penat memang penat tapi hasil selepas itu sentiasa menyenangkan
Sabtu, 24 Ogos 2024
Kacang Bendi Goreng & Jagung bakar
Masak secara ringkas hiris bawang putih, bawang merah dan cili terus goreng. Cukuplah sekadar untuk dimakan oleh pokcik dan anak-anak. Bini pokcik biasanya tak makan tengah hari... jeng.. jeng.. jadilah seperti gambar dibawah tu.. lepas angkat dari kuali baru perasan pokcik lupa nak masukkan kicap.. kalau taruh kicap lagi sedap ni..
Sebelah petang pula anak-anak pokcik nak makan jagung bakar.. sebenarnya jagung ni belum cukup matang lagi untuk dipungut rasanya dalam seminggu lagi barulah cukup tempoh yang sesuai untuk dikutip tetapi sebagai memenuhi permintaan anak pokcik ambil juga dalam lima tongkol
Letak atas dapur, sapu mentega dan susu. Memang betullah isi dia mungkin sehari dua lagi sesuailah untuk dipungut. Ada jiran-jiran dah minta untuk beli tapi pokcik bercadang untuk menghantar kepada anak anak yang berada jauh, lebih tu rasanya boleh la dijual..
Jumaat, 23 Ogos 2024
Menyulat anak jagung
Hari cuti seperti hari ini, jumaat. Rutin pagi pokcik dengan hobi berkebun. Berada ditengah-tengah kawasan kebun, membiarkan kulit dibakar cahaya matahari pagi.. Pagi ini aktiviti menyulat benih jagung.
Menyulat dengan cara tugal.. Alhamdulillah masih lagi diberi kesihatan untuk meneruskan aktiviti yang pokcik paling sukai, penat memang penat tapi berbaloi... Lebih kurang jam 10.15 pagi tadi, pokcik dah tak tahan panas... pokcik hentikan kerja-kerja untuk disambung pada petang ini.
Selasa, 20 Ogos 2024
Majlis Pelancaran bulan Kemerdekaan
Hari ini pokcik sekadar ingin berkongsi foto-foto majlis pelancaran bulan kemerdekaan yang berlangsung pagi tadi di sekolah pokcik.
Majlis bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah..