Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Segment Thank You, 200,000 Visitors

  Segmen ini hanya berlangsung selama selama 3 hari (31hb sehingga 2 Nov).  Dan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat (3 Nov 2017) . Hanya 2 orang pemenang bertuah akan dipilih.  Setiap pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM20. jom join sekarang..>>>

Resepi Acar Temu

Acar temu . Dah lama pokcik mengidamkan acar temu ni. Hari tu pokcik tercari-cari  resepi acar ni. Sampai tertanya-tanya pada kawan-kawan. Dalam FB, dalam Whatsapp.  Belakang rumah pokcik ni ada dua tiga perdu pokok temu. Kalau diambil sebahagian dari satu perdu itu sudah mencukupi untuk membuatnya. Petang tadi pokcik tanya pada jiran yang senggangnya empat buah rumah dari rumah pokcik. Kata orang dulu-dulu jaraknya dua pelaung.... Kalau sekarang ni rumah yang senggangnya empat puluh meter belum tentu didengarnya laungan itu. Berbalik pada acar temu ni, kecur liur pokcik nak menyiapkannya.. macam orang bunting mengidam nak makan daging kijang putih ... pokcik gurau tu.. Bahan-bahannya simple je taklah special sangat . Kebetulan bila buka peti tadi adalah kobis setengah labu @ biji.. entah apa orang panggil . Kobis ni pokcik cincang halus, bila siap cincang barulah pokcik perasaan yang alat memarut sememangnya ada. Lepas tu pokcik ambil bawang besar se...

Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung

Majlis Jasamu dikenang Budimu Disanjung dan jamuan perpisahan telah diadakan semalam bagi mengenangkan jasa dan sumbangan mantan guru besar En. Rahim b. Yusof yang bertukar ke SK Seberang Jerteh. Sepanjang berada disekolah ini, beliau merupakan seorang yang penyayang terhadap anak didiknya dan disenangi oleh guru-guru dan kakitangan. Selama lima tahun bertugas dibawahnya bagi pokcik beliau bukanlah merupakan seorang bos yang cerewet. Tidak mahu bercerita panjang, pokcik nak belanja beberapa keping gambar.

Novel - Galoh

Galoh... Karya Zubaidah Ishak (2016) terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad. Kali pertama membaca tajuk tersebut pokcik sangkakan galoh itu satu nama tempat atau lebih tepatnya lagi nama satu kampung, rupanya galoh itu adalah panggilan bagi anak gadis bagi masyarakat berketurunan banjar. Kali pertama membaca karya Zubaidah Ishak, sebelum ini dua buah naskah beliau telah berada dipasaran... Pertemuan Musim Semi (2013) dan Kumpulan Cerpen Anugerah Terindah (2014). Semenjak jiwa ini menjadi tua, pokcik sukakan novel seperti ini. Novel yang ada semangat didalamnya. Novel setebal 537 halaman, 48 bab.. Habiskan pembacaannya selama empat hari purata jam lebih kurang lima jam. Sebuah kisah yang merentas zaman. Sebuah cerita tentang kasih sayang yang merentas batas adat dan kepercayaan. Sebuah kejadian tentang kepercayaaan dan kejujuran yang bersatu dalam suatu ikatan. Walaupun ditelan waktu dan zaman, ia tetap rimbun dan menghening. Ia teta...

Gambar Hari Rabu #37 - Mahkota Dewa untuk Sahabat

Dua polibeg anak pokok mahkota dewa ini siap sedia untuk diberi kepada sahabat pokcik esok. Tiada urusan jualbeli yang akan berlaku.. untuk sahabat. Sebenarnya anak pokok ini tumbuh bertaburan dibawah pohon.. jadi pokcik alih kedalam polibeg. Tadi, bila rakan ada bertanya maka esoknya akan menjadi miliknyalah

Novel Demi Dara

  Novel Demi Dara garapan dari Abdul Rahim Awang ini merupakan novel yang keempat hasil buah tangan beliau yang pokcik baca selepas Bara, Saka dan Jin-Tina. Abdul Rahim Awang merupakan salah seorang novelis kegemaran pokcik. Agak lama menyepi dan akhirnya pada 2016 beliau muncul dengan novel Jin-tina. Ternyata buah tangannya tidak pernah menghampakan pokcik. Ending yang penuh kejutan. Rasanya novel ini tidak harus terhenti disini seperti kata Raof. "Aku rasa Mazlan bukan saja bersedih, tapi berdendam " terang Raof. "Sinar matanya dan cara dia memandang... eee... menyeramkan! Aku rasa kisah ini tidak terhenti disini atau hari ini" Bagi Dara, dunianya telah musnah pada petang itu. Usia remaja, zaman sekolah, dan masa depannya hancur diragut empat lelaki keparat. Hanya pegangan agama yang mempertahankannya daripada mengambil nyawanya sendiri. Luka di tangan akibat duri mawar menyedarkan Dara daripada terus meratap nasibnya. Di matanya...

Dapat bos baru..

Hari ini.. Pokcik dapat bos baru.. En Khalib b. Muda, bekas PK Pentadbiran SK Keruak dilantik sebagi Guru Besar dan ditempatkan disekolah pokcik. Tengahhari tadi diadakan majlis sambutan secara ringkas majlis sambutan pertukaran ke sekolah pokcik.. Pokcik mula mengenalinya pada tahun 2008 pada waktu itu pokcik bertugas di Sk Bukit Putera, Setiu sementara beliau pula bertugas di SK Tayor Setiu.. Selamat bertugas buat bos baru..

Ada sesiapa yang boleh bagi resepi tak?..

  Itu baru seperdu pokok temu yang pokcik gali pagi tadi... yang tu temu muda yang telah diasing dari tua. Ada beberapa perdu lagi yang akan digali tapi bila banyak begini pokcik tak tahu nak buat apa, nak masak apa. Biasanya pokcik anak beranak akan pilih yang muda untuk dibuat ulam cicah budu. Ada kawan-kawan kata temu ni sedap dibuat acar pedas dan macam macam lagi. Tapi bila diminta resepi dengan dia orang.. katanya tak pernah buat, jadi mana sedapnya yang dia orang kata..kalau makannya belum tapi dengar orang kata.. Pokcik nak tanya ni, .. ikhlas ada rakan-rakan blogger yang pandai buat tak acara temu ni? Boleh bagi tak resepi kat pokcik.. pokcik nak rasa sangat acar temu ni..

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

 Sunyi ke... kalau tak nak sunyi jom join segmen ini..

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

Jom join giveaway ni. Bagi yang belum join bolehlah klik banner atas ni. Giveaway ini akan berlangsung selama sebulan dari  12/10/2017  hingga 12/11/2017 .

Patah - sebuah cerita pendek

Berinspirasikan kejadian patah yang menimpa isteri pokcik dua bulan yang lepas maka terhasillah cerita pendek dibawah. Nama tempat dan tokoh tiada kaitan atau kena mengena dengan sesiapa, hanyalah rekaan pokcik semata-mata. Adanya kekurangan pada tatabahasa dan gaya penceritaan harap dimaafkan kerana pokcik ni bukanlah penulis yang hebat. sekadar untuk suka-suka sahaja. Rasa menyesal menyelubungi dirinya. Sesal yang teramat, kalau boleh diundurkan masa. Tidak ingin ia kesitu tapi apakan daya dia tiada kuasa untuk menterbalikkan masa itu. Dia sedar dia tidak boleh melawan takdir.  Hari itu, selepas kerja-kerja menebas dikebun ia kesungai untuk mencari rebung. Kepingin sangat dia untuk makan rebung rebus dicicah sambal. Boleh dikatakan semua anak-anaknya suka makan rebung. Lebih-lebih lagi anak perempuannya.  Gambar sekadar hiasan Ditebing sungai Luak itu, bukan sahaja banyak dengan pokok-pokok buluh yang menghasilkan rebung bahkan setiap kali selep...

blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu

Rasanya dah lama pokcik tak menyertai segmen yang dianjurkan oleh Cikgu Ayu ni.. Berkebetulan tadi pokcik ada free masa sikit blogwalking ke blog rakan-rakan nampak ada yang beberapa rakan turut sertai.. jadi apa salahnya kalau turut sertai sama..  Jadi pada rakan-rakan yang belum menyertai segmen Cikgu Ayu ni apa kata klik banner atas tu sertai sama-sama sebagai tanda sokongan antara kita

Bila perasaan dah ke laut

Hari tu pokcik renew domain ni bagi tahun ketiga. Dua tahun sebelum tu blog ni nama lain. Usia blog ni dah mencecah lima tahun. Pokcik mula berblog pada tahun 2008 dengan pelbagai nama blog yang akhirnya pokcik abaikan begitu sahaja. Hampir sebulan pokcik abaikan blog tanpa membuat pembayaran untuk pembaharuan domain. Semangat berblog pokcik hilang entah kemana tapi bila difikirkan betapa sayangnya pokcik pada nama blog ini..  Pokcik gagahkan diri kuatkan semangat untuk bukan kerana blog ini memberikan hasil yang lumayan pada pokcik. Pokcik berblog cukup hanya sekadar suka-suka. Lagi pun p okcik bukan penulis yang hebat. Semoga semangat pokcik tetap utuh seperti dulu-dulu sewaktu awal berblogging.

Be My Lucky Followers By Seindahcerita

Syarat-syarat Follow Blog seindahcerita   , Aisya Ismail , Shafyqah Azahar , Mama Aiman ,          Cinta Itu Indah , Shikin Razali Follow IG nieylanadia  , aisyaismy , byaisyaismail , shfyqhazhr , nafiz_forever , syamimi8088 Like Page | SEINDAHCERITA   NIEYLBEAUTYSHOP  Starlavenderluna's Journal Of Life   Buat satu entry bertajuk "Be My Lucky Followers By Seindahcerita Copy banner dan link kan semula ke entri ini. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja. Pemenang di pilih secara Random.org Hadiah Wang Tunai RM20x1 pemenang Wang Tunai RM10x8 pemenang Pakej Print Gambar + Random Stuff  x 1 pemenang