Pagi tadi, seperti biasa, kalau tidak ada apa-apa urusan, kebunlah tempat Pokcik menghabiskan masa. Tetapi pagi ini Pokcik tak ke kebun. Hujan yang turun semalam membuatkan Pokcik mengambil keputusan untuk berehat sekejap daripada kerja-kerja kebun. Tanah pun masih basah, rumput masih basah dan mungkin lebih elok kalau kerja-kerja di kebun disambung kemudian. Kebetulan Pokcik mendapat tahu ada satu program berlangsung di Kampung Padang Baloh, Jerteh, Besut. Program anjuran KPDN Terengganu yang diberi nama Program Rentas Desa dan Teroka Pengguna: Suara Kita, Kuasa Kita , bertemakan Mengimbau Nostalgia Zaman Dahulu . Menarik juga bunyinya. Ada aktiviti rentas desa dan pertandingan sukan tradisional. Tambahan pula, tema pakaian tradisional kreatif tentu menjanjikan suasana yang sedikit berbeza daripada program-program biasa. Sebenarnya tiada apa-apa tujuan besar pun. Saja-saja hendak melihat suasana program sambil mengambil sekeping dua gambar. Lagipun, sudah lama juga Pokcik tidak kel...
Sesekali singgah juga Pokcik ke blog rakan-rakan blogger. Dalam dunia blog yang semakin sunyi ini, masih ada sahabat yang rajin menulis, berkongsi cerita dan menganjurkan aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Kali ini Pokcik terpandang satu hebahan menarik daripada rakan blogger SR melalui blog Syazni Rahim. Beliau sedang menganjurkan satu giveaway khas untuk rakan-rakan blogger Malaysia. Hadiah yang ditawarkan pun menarik juga. Tiga orang pemenang bertuah bakal membawa pulang kredit TNG eWallet seperti berikut: - Tempat pertama: RM50 - Tempat kedua: RM30 - Tempat ketiga: RM20 Pokcik pun tidak mahu ketinggalan. Mana tahu ada rezeki Pokcik kali ini. Kalau dapat RM50, bolehlah tambah nilai TNG eWallet. Sedikit sebanyak dapat juga meringankan belanja perjalanan. Bagi Pokcik, menyertai giveaway begini bukan semata-mata kerana hadiah. Lebih daripada itu, ia menjadi satu ruang untuk kita saling mengenali dan menghidupkan kembali suasana dunia blogging yang pernah meriah suatu k...